Ikuti~

Sabtu, Disember 11, 2010

kesengsaraan di sebalik ketenangan..

assalamualaikum..


''Wahai saudari, sudikah saudari menerima kami sebagai tetamu keluargamu?'' ujar salah satu malaikat daripada tiga malaikat yang menjelma sebagai pemuda tampan bertubuh sasa itu.

Si gadis yang sedari tadi begitu leka mencedok air dari perigi itu terkejut. Hampir sahaja timba yang dipegangnya itu lucut ke dalam perigi. Wajahnya menjadi pucat. Lidahnya serta merta menjadi kelu. Dia tidak dapat berkata apa-apa. Hanya tiba-tiba diserang khuatir. Kekhuatiran yang bukan disebabkan oleh kehadiran pemuda-pemuda kacak dihadapannya itu, tetapi kerana dia telah dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku sekiranya mereka diterima bertamu di rumahnya.

Anak gadis Nabi Luth a.s itu cukup arif dengan amalan songsang warga Sadum yang pantang melihat lelaki muda, berwajah tampan, bertubuh sasa. Pasti anak muda itu menjadi mangsa untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Pada mereka, wanita tidak ada daya tarikan langsung. Lelaki hanya untuk lelaki, manakala wanita untuk wanita.

''Apa yang harus aku jawab kepada mereka,'' bisik si gadis itu sendiri. Dia menjadi begitu serba salah.

''Apakah kedatangan kami ini menganggu saudari?'' tanya pemuda itu kembali.

''Oh tidak. Tetapi...bolehkah tuan-tuan tunggu di sini sebentar? Biar saya maklumkan kepada ayahanda saya dahulu,'' balas si gadis terputus-putus. Dia mencapai bekas air yang hampir penuh dan pulang dengan tergesa-gesa.

Demi mendengar kedatangan tiga tetamu muda itu, Nabi Luth a.s mula resah dan gelisah dan berasa tidak tenteram.

''Ini adalah hari yang amat sulit bagiku,'' kata Nabi Luth a.s.

Baginda amat mengerti apakah akibatnya seandai kedatagan para tetamunya itu diketahui oleh kaumnya. Namun tabiatnya yang suka menerima tetamu, tetap mendesak meskipun risiko yang terpaksa diterimanya sangat tinggi. Hari sudah menjelang malam, baginda sendiri pergi menjemput para tetamunya.

Kepada isteri dan puteri-puterinya dipesan agar perkara itu dirahsiakan, jagan sampai tersebar kepada orang ramai. Kelak mengundang bahaya yang besar. Malangnya. si isteri tidak mampu berlaku setia. Dihebahnya berita perihal tetamu-tetamu mereka kepada kaumnya.

Sebaik sahaja mendengar berita yang menarik dan sangat ditunggu-tunggu itu, bergegas dan berpusu-pusulah mereka ke rumah Nabi Luth a.s.

''Wahai Luth! Bukalah pintu ini dan serahkan anak-anak muda itu kepada kami. Kami sangat memerlukannya. Buka pintu ini cepat!,'' Salah seorang daripada mereka terjerit-jerit sambil menendang daun pintu rumah Nabi Luth a.s.

''Wahai Luth! Engkau melarang kami mendekati anak muda, sebaliknya engkau sendiri menyimpan tiga orang pemuda,'' jerit satu suara yang lain.

''Ya Allah, selamatkanlah kami,'' doa Nabi Luth a.s sambil memandang ke arah tetamunya.

''Wahai kaumku! Aku ada anak gadis. Aku bersedia mengahwinkan kamu dengan mereka sekiranya kamu mahu. Tinggalkanlah perlakuan buruk kamu selama ini. Dan janganlah kamu ganggu para tetamu kami ini.'' Nabi Luth a.s tidak henti-henti menasihati kaumnya.

''Ah! Usah hendak bersyarah di sini. Kami ke mari bukan untuk mendengar leteranmu. Kami ke sini untuk bersuka ria.'' Suara-suara mereka kian tegas dan semakin tidak terkawal.

''Hai Luth! Engkau sememangnya tahu kami tidak perlu kepada wanita. Tapi kami yakin engkau tahu apa yang kami perlukan sekarang.''

''Baik engkau serahkan mereka kepada kami segera! Kalau tidak kami akan pecah-pecahkan pintu ini.''

Nabi Luth a.s tahu kemungkaran apa yang akan terjadi sekiranya tetamunya jatuh ke tangan mereka yang telah tenggelam dalam perlakuan yang melampaui batas itu. Baginda juga sedar, kalau dipertahankan sekalipun, mereka pasti akan cuba untuk menceroboh masuk. Kini, apa yang mampu dilakukan oleh Nabi Luth a.s hanyalah berdoa kepada Allah SWT. Hanya kepada Allah SWT sahajalah tumpuan terakhir, tempat baginda berserah diri dan bergantung harap.

Namun baginda dapati satu keanehan, tiada terbayang walaupun sedikit tanda-tanda kegusaran pada wajah para pemuda itu. Mereka kelihatan begitu tenang dan bersahaja.

''Wahai Luth, usah khuatir dengan ugutan mereka,'' kata salah seorang daripada pemuda itu. Nabi Luth a.s seakan-akan tidak mempercayai dengan apa yang diucapkan oleh pemuda itu. Bunyi ketukan pada pintu bertambah kuat dan keras.

"Wahai Nabi Allah! Sebenarnya kami adalah malaikat utusan Tuhanmu. Kami jamin mereka tidak akan dapat menganggu kamu. Bawalah keluarga dan pengikutmu keluar dari sini di akhir malam ini kecuali isterimu kerana dia termasuk golongan yang derhaka.''

Kini, barulah Nabi Luth a.s sedar bahawa pembalasan dari Allah SWT ke atas sikap keterlaluan kaumnya telah hampir tiba.

Tepat ketika seperti yang ditentukan oleh Allah, penglihatan kaum yang derhaka ditarik, dan serta merta segalanya makin kelam, hitam. Setiap mata telah men jadi buta. Akibatnya, keaadaan menjadi hingar bingar dan bercelaru. Masing-masing jadi buntu dan hilang haluan, lantas bertembung sesama mereka.

Menjelang Subuh, tatkala Nabi Luth a.s, beberapa keluarga dan pengikutnya sudah berada agak jauh dari sempadan kota Sadum, maka turunlah azab Allah SWT. Allah SWT memerintahkan malaikat memotong kedua-dua belah sempadan bumi warga Sadum itu dengan kedua-dua sayapnya. Kemudian bumi itu dijulang tinggi ke langit dan diterbalikkan bahagian yang atas ke bawah, yang bawah ke atas, lalu dihempas sekuat-kuatnya ke dasar bumi. Hancur berkecailah kota Sadum justeru terkuburlah semua pengamal-pengamal homoseks di dalam perut bumi.

Kemudian kawasan itu dihujani pula oleh batu-batu daripada tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi. Dan di dataran itu jugalah akhirnya terbentuk sebuah lautan. Lautan yang digelar 'LAUT MATI'.

ia adalah lambang kekuasaan dan keagungan kerajaan Allah SWT...
bahawa setiap kerajaan yang ingkar itu pasti akan hancur dan binasa...


siapa sangka...di sebalik ketenangan air laut mati, pernah wujudnya sebuah kerajaan yang hebat yang bernama Sadum...

Allah SWT mendatangkan azab adalah sebagai tanda kekuasaanNya agar manusia kembali patuh dan taat pada perintahNya..

wallahualam..

5 ulasan:

djambu puadovich berkata...

http://blogserius.blogspot.com/2010/12/serius-lol-gay-games-cologne-2010.html

yang ni menunggu masa jek...huhuhu

natrah khairy berkata...

@_@

hafizul_ berkata...

abwan : yucks...eeww...geli..huk3

natrah : smpai terbeliak...

Erin berkata...

ohh.. laut mati rupanya negeri nabi luth. terima kasih berkongsi dgn saya.

[H]afiz Al-[F]aizy berkata...

sama2...bgitulah yg dikhabarkan...heh