Ikuti~

Ahad, Mac 22, 2009

TAWAKAL Bukan Sekadar Berserah~

Assalamualaikum....

Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka :"Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu,sama ada lelaki atau perempuan.." (Ali 'Imran :195)

Rasulullah mengutamakan ikhtiar sebelum bertawakal kepada Allah.Pada zaman Nabi, seorang sahabat menemui Baginda.Kemudian Nabi bertanya : " Dengan apakah kamu ke sini?

Sahabat itu menjawab : "Saya ke sini dengan menaiki unta."

Lantas Nabi bertanya : "Di mana unta kamu sekarang?"

Sahabat itu menjawab : "Saya letakkan di luartanpa mengikatnya kerana saya berserah kepada Allah?"

Kemudian Nabi menegurnya dengan berkata : "Ikatlah unta itu kemudian barulah kamu bertawakal kepada Allah’’

Sumber : Risalah BPDS 08

Oleh itu rakan-rakan sahabat sekalian,

Musim peperiksaan kian menjelma….jadi seharusnya kita sebagai seorang pelajar haruslah menyiapkan diri kita dengan memperkayakan lagi ilmu-ilmu yang telah dipelajari semasa berada di dalam kelas.

Konsep ‘tawakal’ sering disalah tafsir oleh segelintir golongan pelajar, tidak kira di sekolah mana sekalipun, ia tetap berlaku.

Apabila ditanya, ‘’kau dah sedia ke nak periksa ni?’’, dan jawapan yang selalu kita terima, ‘’alah, aku takawal je…..’’

Tak salah kalau kita hendak berserah kepada Allah, malah ia sememanggya digalakkan….tetapi haruslah dengan melalui jalan yang benar...

Sebetulnya kita hendaklah belajar atau mengulangkaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh terlebih dahulu sebelum menyerahkan ketentuan kepada Allah….

Oleh itu sahabat-sahabat sekalian, fahamilah konsep tawakal dengan sebenar-benarnya…semoga pembaca dan penulis dapat mengambil iktibar daripadanya...

‘’Berilah peringatan, maka sesungguhnya peringatan itu bermanfa’at bagi orang-orang beriman….’’

‘’Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri…’’ (Ar-Ra’d ayat 11)

Jumaat, Mac 13, 2009

sambutan Maulidur Rasul di peringkat sekolah

assalamualaikum....
lama sudah tdk berlayar di ruangan ini....hehe..


Ipoh, 9 Mac. seperti yg kita semua sdia mklum, tarikh ini adalah besamaan dengan 12 Rabiul Awal 1430H.....bersamaan jg dgn tarikh Maulidur Rasul..jd, pihak Badan Dakwah & Rohani Sekolah Izzuddin Shah tlh mengadakan prgrm smbutan MaulidiurRasul di peringkat sekolah.....
acara dimulakan pd sebelah mlm 8 Mac...slps solat maghrib ktorg ade buat mjlis berselawat & marhaban beramai2 dlm musolla....ahli kelab marhaban yg mengelola mjlis ni....


esoknya, pg2 pkul 8.15, ktorg kmpul kt blkang blok F1....dgn plajar2 yg lengkap berpakaian jubah atau baju melayu...serban jgk diwajibkan....sambutan & komitmen dr plajar2 amat memuaskan....pg tu, acara dimulakan dengan ucapan2 dari wakil setiap tingkatan....ucapan2 yg agk 'memberangsangkan' dan 'baik untuk pendengaran umum'...

selesai ucapan2, acara diteruskan dgn perarakan menuju kejayaan...huhu xde la, menuju ke dewan besar....knp? sbb kt sne ada ceramah Maulidur Rasul...sambil2 ktorg berarak, ktorang berselawat ats junjungan besar Rasulullah s.a.w......smoga sma2 kta peroleh phala......

smpai di dewan, plajar2 kumpul dulu di depan dewan sebelum masuk....6-7 minit lps tu, plajar2 dibenarkan msok...dh msok, kne tggu plak Ust dtg....


ceramah dimulakan pd pkul 9 lbey.....pnceramah, Ust Badrul Hisyam b. Hasan Basri....dari Tapah...ceramah yg disampaikan ckup2 menarik dan penuh input...huhu

selesai cerama, pelajar2 bersurai, dn kpimpinan BADAR ngn bbrape org F5 ade jmuan ngn Ust kt kantin...makan2....


stakat ni, ni je la gmbo yg smpt ana copy...yg len xbrape nk mnarik...huhu..

waktu ni plajar2 tgh tggu ust smpai....

A.F. Ust Badrul Hisyam b Hasan Basri.....

plajar2 sungguh khusyk mendengar...

jawatankuasa penganjur....

Selamat Menyambut MaulidurRasul 1430H....semoga hasil usaha Baginda selama hayatnya dpt memberi pengajaran kpd kita semua....wallaualam..