Ikuti~

Jumaat, Disember 31, 2010

Hanya Dua Daripada Tiga~

assalamualaikum..

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa, : ''Suatu hari Rasulullah SAW telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah SAW sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu baginda masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut serta solat bersama dengan Rasulullah SAW.

Kemudian Rasulullah SAW berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah SWT. Setelah selesai berdoa maka Rasulullah SAW pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud, ''Aku telah bermohon kepada Allah SWT tiga perkara, dalam tiga perkara itu Allah cuma memperkenankan dua perkara sahaja, dan satu lagi itu ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah SWT supaya tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah SWT.
(hidup dalam kesederhanaan dlm kehidupan, tidak lama dan tidak sekejap)

2. Aku telah bermohon kepada Allah SWT supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam seperti bencana yang menimpa kaum Nabi Nuh AS. Permohonanku ini juga diterima oleh Allah SWT.
(tidak diazab ketika di dunia)

3. Aku telah bermohon kepada Allah SWT supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka. Tetapi permohonanku ini tidak diperkenankan.
(bersatu padu sesama umat Islam)''

Maka benarlah seperti mana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Lihatlah bagaimana keadaan umat Islam dewasa ini.

Setelah jatuhnya era pemerintahan khalifah Turki Uthmaniah, umat Islam kini berpecah. Malah berperang sesama sendiri.

Apabila wujudnya persempadanan antara negara-negara, secara tidak langsung ia membina sebuah tembok yang memisahkan ukhuwah antara umat Islam di dunia ini.

Bukan sahaja hubungan antara negara-negara Islam, malah, di dalam sebuah negara Islam sendiri. Kita masih belum mampu untuk bersatu dalam memperjuangkan kalimah لا اله الا الله.

Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar. Letakkanlah hukum-hakam Islam itu di tempatnya.

Fikir-fikirkanlah wahai saudara-saudaraku sekalian...


sekadar gambar hiasan.

wallahualam..

Ahad, Disember 26, 2010

Alangkah Indahnya Hidup Ini...

assalamualaikum..



Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat ku tatap wajahmu,
Kian pasti mengalir air mataku,
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat kukucup tanganmu,
Moga mengalir keberkatan dalam diriku,
Untuk mengikut jejak langkahmu

يا رسول الله يا حبيب الله
Tak pernah ku tatap wajahmu,
يا رسول الله يا حبيب الله
Kami rindu padamu,
اللهم صلى على محمد
يا ربي صلى عليه و سلم

Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat ku dakap dirimu,
Tiada kata yang dapat aku ucapkan,
Hanya Tuhan saja yang tahu

Ku tahu cintamu kepada ummat,
أمّتي
Ku tahu bimbangnya kau tentang kami,
Syafaatkan kami,

Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat ku tatap wajahmu,
Kian pasti mengalir air mataku,
Kerna pancaran ketenanganmu

يا رسول الله يا حبيب الله
Tak pernah ku tatap wajahmu,
يا رسول الله يا حبيب الله
Kami rindu padamu,
اللهم صلى على محمد
يا ربي صلى عليه و سلم

يا رسول الله يا حبيب الله
Terimalah kami sebagai ummatmu,
يا رسول الله يا حبيب الله
Kurniakanlah syafa'atmu,
اللهم صلى على محمد
يا ربي صلى عليه و سلم

اللهم صلى على محمد
يا ربي صلى عليه و سلم


~ lagu : Raihan.

Selasa, Disember 14, 2010

perang Mu'tah

assalamualaikum...

tapak peperangan Mu'tah..

Peperangan Mu'tah berlaku pada sekitar tahun 629M ketika di akhir kehidupan Nabi Muhammad S.A.W. Ketika ini baginda menghantar tentera seramai 3,000 orang untuk menghadapi tentera Rome Byzantine seramai 200,000 orang.

Tujuan baginda menghantar tentera Islam adalah sebagai tindak balas atas pembunuhan seorang utusan baginda ke wilayah kerajaan Ghassan ketika baginda ingin menyebarkan Islam ke wilayah jajahan Rome.

Ketika ini, baginda melantiik tiga orang panglima Islam dengan Zaid bin Harithah sebagai ketua panglima, Ja'afar ibn Abi Talib sebagai ketua panglima sekiranya Zaid terkorban dan Abdullah bin Rawahah sebagai pengganti Ja'afar sekiranya Ja'afar terkorban.

Pertempuran berlaku di Karak di mana pada hari ini terletak di negara Jordan. Di dalam peperangan ini, ketiga-tiga ketua panglima yang dilantik Nabi terkorban. Apabila kesemua panglia terkorban, Thabit bin Arqam mengendalikan tentera Islam buat seketika, namun beliau tidak berkehendak untuk memimpin tentera Islam ketika itu.

Setelah beberapa ketika, Thabit mencadangkan Khalid bin al-Walid dilantik sebagai ketua panglima tentera Islam. Pelantikan ini dipersetujui oleh kesemua tentera Islam. Selepas pelantikannya, Khalid bertindak dengan menyelamatkan tentera Islam daripada diasak hebat oleh tentera Rome.

Dengan strategi pertukaran yang dibuat dan susunan tentera secara memanjang ke belakang beserta taktik untuk melakukan keriuhan di barisan belakang. Taktik ini berjaya mengelirukan tentera Byzantine. Hasilnya, Khalid berjaya mengundurkan tentera Islam sedikit demi sedikit tanpa dikejar tentera musuh.

Selepas itu, Khalid bertindak cemerlang dalam memimpin tentera Islam dalam usaha untuk menyebarkan Islam di Parsi dan di dalam siri Peperangan Islam - Rome Byzantine.


Makam Saidina Zaid bin Harithah
anak angkat kesayangan baginda...

Makam Saidina Ja'afar bin Abi Talib
(Ja'afar at-Tayyar)
sepupu baginda..


Makam Saidina Abdullah bin Rawahah
sahabat baginda Rasulullah S.A.W..


Ya Allah, tabahkan lah hati2 kami,
dan kurniakan lah kepada kami semangat juang untuk menegakkan agamaMu sepertimana Kau kurniakan kepada pejuang2 agamaMu yang terdahulu...

Semoga Islam kembali memerintah ummah....
amin....

wallahualam...

Sabtu, Disember 11, 2010

kesengsaraan di sebalik ketenangan..

assalamualaikum..


''Wahai saudari, sudikah saudari menerima kami sebagai tetamu keluargamu?'' ujar salah satu malaikat daripada tiga malaikat yang menjelma sebagai pemuda tampan bertubuh sasa itu.

Si gadis yang sedari tadi begitu leka mencedok air dari perigi itu terkejut. Hampir sahaja timba yang dipegangnya itu lucut ke dalam perigi. Wajahnya menjadi pucat. Lidahnya serta merta menjadi kelu. Dia tidak dapat berkata apa-apa. Hanya tiba-tiba diserang khuatir. Kekhuatiran yang bukan disebabkan oleh kehadiran pemuda-pemuda kacak dihadapannya itu, tetapi kerana dia telah dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku sekiranya mereka diterima bertamu di rumahnya.

Anak gadis Nabi Luth a.s itu cukup arif dengan amalan songsang warga Sadum yang pantang melihat lelaki muda, berwajah tampan, bertubuh sasa. Pasti anak muda itu menjadi mangsa untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Pada mereka, wanita tidak ada daya tarikan langsung. Lelaki hanya untuk lelaki, manakala wanita untuk wanita.

''Apa yang harus aku jawab kepada mereka,'' bisik si gadis itu sendiri. Dia menjadi begitu serba salah.

''Apakah kedatangan kami ini menganggu saudari?'' tanya pemuda itu kembali.

''Oh tidak. Tetapi...bolehkah tuan-tuan tunggu di sini sebentar? Biar saya maklumkan kepada ayahanda saya dahulu,'' balas si gadis terputus-putus. Dia mencapai bekas air yang hampir penuh dan pulang dengan tergesa-gesa.

Demi mendengar kedatangan tiga tetamu muda itu, Nabi Luth a.s mula resah dan gelisah dan berasa tidak tenteram.

''Ini adalah hari yang amat sulit bagiku,'' kata Nabi Luth a.s.

Baginda amat mengerti apakah akibatnya seandai kedatagan para tetamunya itu diketahui oleh kaumnya. Namun tabiatnya yang suka menerima tetamu, tetap mendesak meskipun risiko yang terpaksa diterimanya sangat tinggi. Hari sudah menjelang malam, baginda sendiri pergi menjemput para tetamunya.

Kepada isteri dan puteri-puterinya dipesan agar perkara itu dirahsiakan, jagan sampai tersebar kepada orang ramai. Kelak mengundang bahaya yang besar. Malangnya. si isteri tidak mampu berlaku setia. Dihebahnya berita perihal tetamu-tetamu mereka kepada kaumnya.

Sebaik sahaja mendengar berita yang menarik dan sangat ditunggu-tunggu itu, bergegas dan berpusu-pusulah mereka ke rumah Nabi Luth a.s.

''Wahai Luth! Bukalah pintu ini dan serahkan anak-anak muda itu kepada kami. Kami sangat memerlukannya. Buka pintu ini cepat!,'' Salah seorang daripada mereka terjerit-jerit sambil menendang daun pintu rumah Nabi Luth a.s.

''Wahai Luth! Engkau melarang kami mendekati anak muda, sebaliknya engkau sendiri menyimpan tiga orang pemuda,'' jerit satu suara yang lain.

''Ya Allah, selamatkanlah kami,'' doa Nabi Luth a.s sambil memandang ke arah tetamunya.

''Wahai kaumku! Aku ada anak gadis. Aku bersedia mengahwinkan kamu dengan mereka sekiranya kamu mahu. Tinggalkanlah perlakuan buruk kamu selama ini. Dan janganlah kamu ganggu para tetamu kami ini.'' Nabi Luth a.s tidak henti-henti menasihati kaumnya.

''Ah! Usah hendak bersyarah di sini. Kami ke mari bukan untuk mendengar leteranmu. Kami ke sini untuk bersuka ria.'' Suara-suara mereka kian tegas dan semakin tidak terkawal.

''Hai Luth! Engkau sememangnya tahu kami tidak perlu kepada wanita. Tapi kami yakin engkau tahu apa yang kami perlukan sekarang.''

''Baik engkau serahkan mereka kepada kami segera! Kalau tidak kami akan pecah-pecahkan pintu ini.''

Nabi Luth a.s tahu kemungkaran apa yang akan terjadi sekiranya tetamunya jatuh ke tangan mereka yang telah tenggelam dalam perlakuan yang melampaui batas itu. Baginda juga sedar, kalau dipertahankan sekalipun, mereka pasti akan cuba untuk menceroboh masuk. Kini, apa yang mampu dilakukan oleh Nabi Luth a.s hanyalah berdoa kepada Allah SWT. Hanya kepada Allah SWT sahajalah tumpuan terakhir, tempat baginda berserah diri dan bergantung harap.

Namun baginda dapati satu keanehan, tiada terbayang walaupun sedikit tanda-tanda kegusaran pada wajah para pemuda itu. Mereka kelihatan begitu tenang dan bersahaja.

''Wahai Luth, usah khuatir dengan ugutan mereka,'' kata salah seorang daripada pemuda itu. Nabi Luth a.s seakan-akan tidak mempercayai dengan apa yang diucapkan oleh pemuda itu. Bunyi ketukan pada pintu bertambah kuat dan keras.

"Wahai Nabi Allah! Sebenarnya kami adalah malaikat utusan Tuhanmu. Kami jamin mereka tidak akan dapat menganggu kamu. Bawalah keluarga dan pengikutmu keluar dari sini di akhir malam ini kecuali isterimu kerana dia termasuk golongan yang derhaka.''

Kini, barulah Nabi Luth a.s sedar bahawa pembalasan dari Allah SWT ke atas sikap keterlaluan kaumnya telah hampir tiba.

Tepat ketika seperti yang ditentukan oleh Allah, penglihatan kaum yang derhaka ditarik, dan serta merta segalanya makin kelam, hitam. Setiap mata telah men jadi buta. Akibatnya, keaadaan menjadi hingar bingar dan bercelaru. Masing-masing jadi buntu dan hilang haluan, lantas bertembung sesama mereka.

Menjelang Subuh, tatkala Nabi Luth a.s, beberapa keluarga dan pengikutnya sudah berada agak jauh dari sempadan kota Sadum, maka turunlah azab Allah SWT. Allah SWT memerintahkan malaikat memotong kedua-dua belah sempadan bumi warga Sadum itu dengan kedua-dua sayapnya. Kemudian bumi itu dijulang tinggi ke langit dan diterbalikkan bahagian yang atas ke bawah, yang bawah ke atas, lalu dihempas sekuat-kuatnya ke dasar bumi. Hancur berkecailah kota Sadum justeru terkuburlah semua pengamal-pengamal homoseks di dalam perut bumi.

Kemudian kawasan itu dihujani pula oleh batu-batu daripada tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi. Dan di dataran itu jugalah akhirnya terbentuk sebuah lautan. Lautan yang digelar 'LAUT MATI'.

ia adalah lambang kekuasaan dan keagungan kerajaan Allah SWT...
bahawa setiap kerajaan yang ingkar itu pasti akan hancur dan binasa...


siapa sangka...di sebalik ketenangan air laut mati, pernah wujudnya sebuah kerajaan yang hebat yang bernama Sadum...

Allah SWT mendatangkan azab adalah sebagai tanda kekuasaanNya agar manusia kembali patuh dan taat pada perintahNya..

wallahualam..