Ikuti~

Jumaat, Disember 31, 2010

Hanya Dua Daripada Tiga~

assalamualaikum..

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa, : ''Suatu hari Rasulullah SAW telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah SAW sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu baginda masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut serta solat bersama dengan Rasulullah SAW.

Kemudian Rasulullah SAW berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah SWT. Setelah selesai berdoa maka Rasulullah SAW pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud, ''Aku telah bermohon kepada Allah SWT tiga perkara, dalam tiga perkara itu Allah cuma memperkenankan dua perkara sahaja, dan satu lagi itu ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah SWT supaya tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah SWT.
(hidup dalam kesederhanaan dlm kehidupan, tidak lama dan tidak sekejap)

2. Aku telah bermohon kepada Allah SWT supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam seperti bencana yang menimpa kaum Nabi Nuh AS. Permohonanku ini juga diterima oleh Allah SWT.
(tidak diazab ketika di dunia)

3. Aku telah bermohon kepada Allah SWT supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka. Tetapi permohonanku ini tidak diperkenankan.
(bersatu padu sesama umat Islam)''

Maka benarlah seperti mana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Lihatlah bagaimana keadaan umat Islam dewasa ini.

Setelah jatuhnya era pemerintahan khalifah Turki Uthmaniah, umat Islam kini berpecah. Malah berperang sesama sendiri.

Apabila wujudnya persempadanan antara negara-negara, secara tidak langsung ia membina sebuah tembok yang memisahkan ukhuwah antara umat Islam di dunia ini.

Bukan sahaja hubungan antara negara-negara Islam, malah, di dalam sebuah negara Islam sendiri. Kita masih belum mampu untuk bersatu dalam memperjuangkan kalimah لا اله الا الله.

Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar. Letakkanlah hukum-hakam Islam itu di tempatnya.

Fikir-fikirkanlah wahai saudara-saudaraku sekalian...


sekadar gambar hiasan.

wallahualam..

Tiada ulasan: