Ikuti~

Selasa, Ogos 24, 2010

hanya seminggu....

assalamualaikum....

sungguh pantas masa berlalu...
kini tinggal hanya seminggu...

haihh...dugaan demi dugaan, akhirnya masanya hampir tiba...

2 september 2010, jam 0255.....

tarikh keramat yg akan membawa aku jauh dari sini.....
jauh dari keluarga, dari rumah, dari kawan2, dari MALAYSIA...

waaahhh....sungguh xsangka...
bagaikn mmpi....
tggal smggu j lagi?

aku akn ke bumi Jordan...bumi barokah, bumi anbiya'...
untuk tempoh masa 4 tahun...(tp mgkin balek jgn antara2 tu..hehe)

menyambung pengajian di Universiti Mu'tah, Jordan....
universiti yg terletak bersebelahan dgn lokasi peperangn Mu'tah suatu masa dahulu....
peperangan yg melibatkan tentera Muslim dgn tentera Rom, krajaan Byzantine....
tu serba sdikit ttg Mu'tah....

kami akan b'kmpul di KLIA, aras 5 kaunter H...pkul 2 pagi...haha
1 sept, petang kna ada kt sana dah....isy3
xdapat la nk jumpa ramai org sblum pergi....xpe la....redha...dugaan Allah di bulan Ramadhan...

aku pergi dgn Qatar Airlines...transit di Doha, kmudian dari Doha ke Amman, Jordan...
tak pernah aku terlintas pn dulu aku nk smbung blaja ke timur tengah....
susah nk percaya....

apa pn, smoga di sana, aku dikurniakan semangat jihad seperti mana para sahabat/syuhada di medan mut'tah...
jika mereka menentang tentera musuh,
aku juga menentang musuh yg nyata, iaitu iblis yg sentiasa mghasut anak2 Adam supaya berputus asa....

Ya Allah, Kau tabahknlah hati ini & tetapknlah hati ini di jalan yang benar...

kpd mak, abah, kakcik+abg lias, abwan, terima kasih atas segala bantuan dan dorongan....
ampunkan segala salah dan silap, halalkan segala makan dan minum...
doakan anakanda/adinda tabah berada di sana....
doakan kejayaan anakanda/adinda sekali ya...=)

kpd sahabat2, rakan2 dan kenalan, mohon maaf atas segala salah dan silap....
doakan kejayaan untuk kita bersama....

semoga kita semua dipertemukan kembali di bawah naungan rahmat dan kasih sayangNya...
insyaallah...

sekian dahulu,
selamat berpuasa & hari raya...=)
wassalam....