Ikuti~

Jumaat, Ogos 28, 2009

arak~

assalamualaikum...

Sabda Nabi Muhammad SAW :

''Diriwayatkan daripada Anas r.a, bahawa Rasulullah SAW telah melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak, orang yang memerah, orang yang meminta arak diperah untuknya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta arak dibawakan arak kepadanya, orang yang memberi minum arak kpd orang lain, orang yang menjual arak, orang yang mendapat hasil daripada arak, orang yang membeli arak, (dan) orang yang meminta dibelikan arak untuknya.''

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tarmizi)

Arak, dari segi bahasa (khamrun / khamara), ialah menutupi. Ini adalah kerana orang yang minum arak akan mabuk, hilang akal fikiran, tertutup daripada jalan kebenaran dan lupa diri serta lupa Allah SWT.

Dari segi istilah, arak ialah setiap minuman yang memabukkan hasil daripada perahan anggur dan lain-lain.


HUKUMAN

Islam telah mengharamkan arak dan orang-orang Islam yang disabitkan kesalahan meminum arak dikenakan hukuman sebat sebanyak 40 kali sebatan.

cara mensabitkan hukuman adalah dengan penyaksian oleh 2 orang lelaki Islam yang adil dan pengakuan peminum arak itu sendiri.

Qanun Syariah menetapkan seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau minum minuman yang memabukkan, WAJIB dikenakan hukuman sebat tidak lebih daripada 80 kali dan tidak kurang daripada 40 kali sebatan.

''Daripada Anas bin Malik r.a berkata : Bahawa seorang lelaki yamg minum arak telah dihadapkan kepada Rasulullah SAW. Baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak 40 kali.''
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

*jadi, hukuman 6x sbat, masih blum memenuhi tuntutan syara'....

''Daripada Anas bin Malik r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda : Antara tanda-tanda kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, arak diminum secara berleluasa dan berlaku zina secara terang-terangan.''
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Islam diturunkan untuk memelihara lima perkara, iaitu :
1 - Agama
2 - Maruah
3 - Harta
4 - Akal
5 - Keturunan

oleh itu, renung2kan lah....
semoga kita dihindarkan oleh Allah drp bahaya arak....

sekian, wallahualam.

-sumber, Syariah Islamiah, Ting. 5-

Tiada ulasan: