Ikuti~

Isnin, Disember 26, 2011

Sebarkanlah Senyuman...

Assalamualaikum wbt...

Ayuh, kita sebarkan senyuman....dengan senyuman, hati yang suram mampu menjadi tenang...

Semarakkan lagi kempen 3S...Senyum, Salam, Sapa..~ :)


Khamis, September 01, 2011

Setahun Berlalu...

Assalamualaikum wbt...

Diam tak diam, sedar tak sedar, sudah setahun pun berlalu...

Sudah setahun aku berada di bumi Mu'tah, Jordan. [tak kira hari2 gi umrah & mesir]
Bermakna, sudah setahun jugalah aku meninggalkan bumi Malaysia tanah airku serta keluarga yang tercinta.

Ya, sungguh aku merindui mereka.

Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru semalam sampai ke Mu'tah, tahu2 minggu depan dah nak sambut pelajar baru. Hehe..

Pengalaman duduk di rantau orang sangat mengajarkan aku erti kehidupan. Erti menguruskan diri, menguruskan kewangan, dan hidup bermasyarakat. Bukan sahaja bermasyarakat dengan orang Melayu, bahkan dengan orang-orang Arab ! o-yeah~

"Jauh perjalanan, luas pemandangan''

Betullah kata orang. Pandangan di sini bukan sahaja kita tafsirkan sebagai apa yang kita nampak, ia boleh juga ditafsirkan sebagai 'idea' atau 'buah fikiran' seseorang.

Kita tidak selamanya betul, dan orang lain tidak selamanya salah. Dengan kita kenali lebih ramai orang di dunia ini, kita akan dapat mengenal pasti kelemahan dan kelebihan diri sendiri.

''Lain orang, lain ragam''

Ya ! Itulah perkara yang sangat-sangat perlu kita pegang apabila duduk di negara orang. Kadang kala layanan yang kita dapat dari orang lain sangat mengecewakan. Hehe.. Apa boleh buat, pengalaman.

"Pengalaman adalah guru yang terbaik."

Yup, saya sangat sokong ! Belajarlah dari pengalaman. Orang yang bijak tidak akan disengat di dalam lubang yang sama berulang kali.

Semacam kekok untuk menaip. Dek kerana terlalu lama meninggalkan blog. Huhu...

Gambar-gambar kenangan sepanjang setahun di Timur Tengah :-

2 Sept 2010, KLIA

3 Sept 2010, PUSKMA

Aidilfitri 2010 / 1431H

Jelajah Jordan - Ajloun

Jelajah Jordan - Petra

Jelajah Jordan - Petra

Eid el-Adha 1431H

Umrah Haramain

Umrah Haramain

Jelajah Mesir - Alexendria

Jelajah Mesir - Maqam Imam as-Syafi'e

Banyak kalau nak dikongsikan. Tapi tak laratlah kan kalau nak taip semua. Hehe..
Semoga dengan perantauan hidup ini, akan memberi 1001 erti dalam kehidupan.

Wassalam...





Isnin, Ogos 29, 2011

Ramadhan yang Berlalu Pergi

assalamualaikum wbt...


Aku lihat Ramadhan dari kejauhan....
Lalu ku sapa ia,

''Hendak ke mana?''

Dengan lembut ia berkata,

''Maaf, aku harus pergi. Mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama 'Mukmin', ajaklah 'Sabar' untuk menemani hari-hari dukanya. Peluklah 'Istiqamah' saat dia kelelahan dalam perjalanan 'Taqwa'. Itupun Syawal, ia sudah tiba...

.......

Ku lihat Ramadhan pergi... Jauh....

Ya Allah, apakah aku akan berjumpa lagi dengannya?


: SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H ::

Jumaat, Jun 03, 2011

Diuji dan terus Diuji...

assalamualaikum wbt....

dari Malaysia ke Jordan...
dari sekolah ke universiti....
dari BADAR ke PERMATA....

Ya Allah...
sungguh bukan pintaku untuk ditaklifkan...
tetapi semua ini adalah ketetapan Mu....
siapalah aku untuk mengingkarinya....

tabahkan hatiku...
agar aku dapat menjalankan amanah Mu dengan sebaiknya....

Selasa, Mei 10, 2011

Mak Mak....

assalamualaikum wbt...


Mak Mak...
Dah 19 tahun rupanya...
Sejak Mak lahirkn Faiz dulu....


Mak Mak...
Dah 19 tahun rupanya...
Dulu Faiz kecik je kan...
Sekarang dah besar pun....hehe


Mak Mak...
Dah 19 tahun rupanya...
Dulu Faiz tak pandai berjalan...
Mak tolong ajarkan...
Kalau terjatuh, Mak sambutkan....

Hari ni, dah jauh Faiz berjalan Mak....
Dah sampai ke Jordan pun...hehehe


Mak Mak...
Dah 19 tahun rupanya...
Dulu Mak ajarkan Faiz menulis dan membaca...

Hari ini,
Faiz boleh belajar sampai masuk universiti Mak...
Terima kasih ya Mak...


Mak Mak...
Dah 19 tahun rupanya...
Dulu, kalau Faiz sedih2,
Mak selalu tenangkan hati ini...
Terima kasih ya Mak...


Mak Mak...
Dah 19 tahun rupanya...
Dari dulu sampai hari ini...
Mak tak pernah putus2 bagi nasihat dan dorongan...
Terima kasih ya Mak...


Mak Mak...
Dah 19 tahun rupanya...
Banyak dah pengorbanan Mak pada Faiz...


Mak Mak...
Dah 19 tahun rupanya...
Ampunkanlah salah silap Faiz pada Mak selama ini ya...


Mak Mak...
Dah 19 tahun rupanya...
Insyaallah, segala dorongan dan nasihat yang Mak beri, Faiz tak kan sia-siakan...
Terima kasih ya Mak.... :))


Abah Abah...
Dah 19 tahun rupanya...
Sejak Faiz dilahirkan, Abah banyak bersusah payah untuk Faiz...
Terima kasih ya Abah..


Abah Abah...
Dah 19 tahun rupanya...
Dulu kat rumah, macam2 salah Faiz buat...
Maafkan Faiz ye Abah...


Abah Abah...
Dah 19 tahun rupanya...
Dari kecil sampai besar...
Abah banyak ajar Faiz erti sabar...


Abah Abah...
Dah 19 tahun rupanya...
Segala pengorbanan yang Abah lalukan,
Faiz tak kan lupakan....


Abah Abah...
Dah 19 tahun rupanya...
Segala amanat dan pesanan,
Akan Faiz jadikan penguat semangat di perantauan....

Abah Abah...
Dah 19 tahun rupanya...
Dari kecil sampai hari ini..
Halalkan segala makan minum Faiz ya...
Maafkan segala salah dan silap...

Terima kasih ya Abah...


Mak...Abah....
Bersempena tarikh 11 Mei ini...
Jutaan rasa syukur dan berterima kasih, atas didikan, dorongan, nasihat, pedoman dan kasih sayang yang telah Mak dan Abah curahkan...
Semenjak lahir sehingga hari ini...

Doakanlah agar anakanda mampu pulang suatu hari nanti dengan membawa apa yang amat diidamkan dan diharapkan...

Halalkanlah segala makan minum Faiz selama ini....
Dan redhalah pada kehidupan Faiz hari ini....

Sayang Mak...Sayang Abah..


Gambar-gambar Hiasan....

Di Indonesia...

Di Port Dickson..

Darjah 6, SK1 (Satu), Tapah...

Form 1, Hari keluarga @ bentong...

Form 2, Pameran Hantu, KL...

Form 5, Bilik BADAR....

2010 - Aiport Qatar....

dalam Air Asia - Sumatera Barat (2008)


sayang Mak...sayang Abah...


Ya Allah Ya Tuhan...
Engkaulah Yang Maha Mengasihani....
Engkaulah Yang Maha Melindungi....

Kau lindungilah dan kasihanilah kedua-dua ibu dan bapaku, sepertimana mereka melindungi dan mengasihani ku semasa aku kecil hingga ke hari ini...

Ya Allah, sungguh mereka adalah merupakan kurniaan Mu yang sangat bernilai....
Tiadalah apa yang dapat menggantikan tempat mereka di dunia ini.....

Ya Allah...Kau berikanlah sebesar2 ganjaran kepada mereka atas pengorbanan yang telah mereka lakukan kepada kami anak2 mereka....

Ya Allah...Kau bukakanlah seluas-luasnya pintu keampunan kepada mereka Ya Allah...
Rahmatilah hidup kami di dunia ini....

Sesungguhnya hanya Engkaulah sebaik-baik pengurnia rezeki...

Jumaat, April 22, 2011

Sepetang bersama Habib Umar al-Yamani

assalamualaikum..

Syukur kepada-Mu Ya Allah, atas nikmat dan kurniaan kesempatan dari-Mu, walaupun tidak mungkin ku bersua dengan kekasihmu Sayidina Muhammad SAW di dunia ini, aku diberi peluang untuk bersemuka dengan waris keturunan mulia junjungan Nabi Muhammad SAW.

Jumaat, 22 April 2011 - Masjid Jaafar at-Toyyar, Mazar, Jordan. Khutbah Jumaat disampaikan oleh seorang ulama besar dunia. Berasal dari Yaman, iaitu Habib Umar. Walaupun aku hanya berkesempatan untuk seketika bersamanya, namun ia cukup untuk membuatkan aku merasa tenang dan bahagia. Penuh sesak dek kerumunan manusia, aku hanya mampu menghulurkan tangan untuk bersalaman. Syukurlah. Semoga Allah panjangkan umurku untuk bertemu dengan ramai lagi alim ulama' di bumi ini.

____________________

Habib Umar al-Yamani



Al-'alamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abdullah bin Abi Bakr bin Idrus bin Umar bin Idrus bin Umar bin Abi Bakr bin Idrus bin al-Hussin bin al-Sheikh Abdul Rahman as-Saqaf bin Muhammad al-Maulay ad-Duwailah bin Ali bin Alawi bin Muhammad Sahib as-Saumiah bin Alawi bin Abdullah bin al-Imam al-Muhajir ila Allah Ahmad bin Isa bin Muhammad an-Naqib bin Ali bin Abi Tolib dan anakanda Fatimah az-Zahra binti Sayidina Muhammad Khatam an-Nabiyin SAW.



Beliau dilahirkan di Bandar Tarim, Hadramaut Negara Republik Yaman sebelum fajar hari Isnin 4 Muharram 1382H bersamaan 27 Mei 1963M.

Beliau mendapat pendidikan awal daripada ayahandanya yang pada masa itu menjawat jawatan sebagai Mufti di Tarim. Seterusnya menerima ilmu daripada Uuama-ulama Hadramaut yang ada pasa masa tersebut. Di antara guru beliau yang utama ialah al-Habib Salim bin Abdullah as-Shathry.

Bermula pada tahun 1402H bersamaan 1982M, Habib Umar berulang alik ke al-Haramain as-Sharifain untuk menimba ilmu dan tarbiyah daripada al-Imam al-Arif ad-Daiyah al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqaf, al-Arif ad-Daiyah al-Habib Ahmad bin Taha al-Hadad, al-Arif al-Alamah Abi Bakr al-Athas bin Abdullah al-Habasi dan beliau menerima ijazah al-Asanid daripada al-Musanid as-Syeikh Muhammad Yassin al-Fadany dan al-Alamah Muhaddith al-Haramain as-Sayid Muhammad bin Alawi al-Maliki dan ulama-ulama lain.

Beliau mula mengajar dan melaksanakan tugas sebagai pendakwah Islam pada seawal usianya 15 tahun. Di samping itu, beliau juga meneruskan pengajiannya secara talaqi. Berdakwah, megajar dan belajar telah menjadi darah dagingnya. Pada tahun 1414H bersamaan 1994M, sekembalinya beliau ke tanah airnya di Yaman, beliau telah mengasaskan sebuah pusat pendidikan Islam yang diberi nama 'Darul Mustofa' di bandar Tarim Hadramaut. Ini berikutan daripada pelajar-pelajar yang datang dari beberapa negara Islam untuk menerima didikan daripada beliau.

Akhirnya Darul Mustofa mampu membangunkan tapak pengajian sendiri yang dinobatkan secara rasmi sebagai sebuah pusat pengajian dan pendidikan Islam pada 29 ZulHijjah bersamaam 6 Mei 1997. Kini Darul Mustofa mendapat perhatian yang begitu hebat dalam kalangan pelajar-pelajar Islam seantero dunia. Tambahan pula, para graduannya telah diiktiraf oleh al-Azhar as-Syarif dan kebanyakan Universiti Islam terkemuka dunia.

Al-Alamah al-Habib Umar telah banyak membuat lawatan dakwah Islamiyah dan menyampaikan ilmu ke serata negara-negara Islam lain seperti Syiria, Mesir, Sudan, dan banyak lagi saban tahun.

Semoga Allah merahmati dan memberkati beliau.


Habib Umar bersama Habib Ali.
_____________________




Sedutan yang sempat dirakamkan semasa bersama beliau.

Ya Allah, kurniakanlah aku semangat dan rasa cinta kepadamu sepertimana telah Kau kurniakan kepada para kekasih-Mu, dan hiasilah diriku dengan akhlak mulia sepertimana telah Kau hiasi para kekasih-Mu..

Sumber : Pondok Pasir Tumboh, Kelantan

Wassalam...

Isnin, April 11, 2011

Kita merancang, Allah jua Penentu...

assalamualaikum...

Alhamdulillah....syukur kita kepadaNya...selawat dan salam atas Nabi Muhammad SAW..

setelah berhabuk / bersawang blog ni, akhirnya terupdate juga.... :P

baiklah....

Kini ku merupakan seorang penuntut di Uversiti Mu'tah, Jordan. Pelajar tahun satu, Fakulti Syariah, pengkhususan dalam Fiqh wa Usuluh....

Dulu, masa SPM, memang tak pernah terlintas dalam fikiran untuk sambung belajar ke Asia Barat ni. Igt dulu nk smbung di Malaysia jek, tapi tu la, kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan...

Lepas ambil result SPM, sekolah kami ada buat taklimat tentang pelajar yang nak sambung pengajian ke Timur Tengah. Dan, aku pun ambil borang tersebut, lalu isi tanpa ada niat bersungguh untuk sambung ke Timur Tengah / Asia Barat...

Ingat lagi dulu, cadang nak sambung pengajian ke peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Masa SPM, bagai nk rak aku pergi ke JAIPk, minta borang, lepas tu isi2 borang. Dan tunggu keputusan permohonan. Sambil2 tunggu permohonan STAM, UPU pn isi jugak. Borang Maktab Perguruan pun aku isi. Cadangnya, kalau tak dapat STAM, mmg nekad dah la nak jadi cikgu...hehe

Semantara nak tunggu keputusan STAM tu jugak, aku sempat la cari pengalaman / cari duit dengan bekerja. Mula2, bekerja sebagai cashier kedai runcit. Best dan seronok. Ada je post aku yang berkaitan...[KLIK SINI]. Sempat la kerja kat situ sebulan. 2 kali gaji. Pengalaman merasa duit sendiri....whoa...seronok...:D

Sebab kenapa aku berhenti ? Sebab aku memanga dah bajet aku diterima untuk sambung STAM....dengan yakinnya aku berhenti kerja.....[boss tu pn ustaz sekolah aku]. Yang ganti jadi cashier pun kwn aku jgk. Anak murid ustaz tadi~ hehe....

Okeh..dah berhenti. Tunggu di rumah, call JAIPk, turun naik JAIPk, sekali permohonan untuk sambung STAM, TAK DITERIMA !! wallaweii~ memang kecewa. Aku antara orang yang awal hantar borang permohonan. Dan seorang kawan aku yang last skali hantar borang, dia dapat. Haha...bayangknlah perasaanku pada waktu itu... Allah Maha Mengetahui~

Demi untuk menghilangkan kebosanan dan kebuntuan duduk di rumah, aku pun ambil keputusan untuk kembali bekerja. Boleh klik [SINI] untuk lihat post. Kali ni, aku bekerja di kedai haiwan~ waa...haiwan peliharaan lah. Macam2 ada. Boleh tengok kt dlm post tu...hehe...

Sambil2 kerja di kedai haiwan, aku jugak menunggu keputusan permohonan masuk ke Maktab Perguruan. Dengan mendengar 'kata-kata orang', lelaki selalu comfirm dapat masuk, ebab kurangnya cikgu lelaki. Dan, aku dengan yakinnya berpegang teguh dengan 'Qaul' tersebut. Lalu lepas 2 minggu bekerja, aku pun BEHENTI ! haha...

Dan....dan...dan....paling best, lepas berhenti kerja, permohonan Maktab aku pun TIDAK DITERIMA !! haha...sekali lagi dalam kekecewaan... [bayangkn babak kartun tukar warna hitam putih dan pecah berderai macam kaca ]...huhu

Kebuntuan...

Lepas tu, aku memang tak tahu dah mana nak tuju. Hoho....harapan aku cuma tinggal pada permohonan ke Timur Tengah. Oleh sebab itu, aku pun terus bersemangat untuk ke Jordan. Sambil2 tunggu keputusan, aku pun cari mana2 kelas intensif Bahasa Arab. Sebgai persediaan untuk ke tanah arab.

Cari punya cari dalam internet, jumpa la blog Selangkah ke Bumi Anbiya [SKBA] dan kebetulan pihak diorang ada anjur program persediaan untuk ke Timur Tengah. Maka aku pun pergi bersama kawan-kawan yang juga nak bersama aku ke Jordan; Amirul, Iezwan, dan Farhan...

Tiba satu hari, masa aku dalam program SKBA, mak bagitau kata ada surat sampai rumah...dari IKIP College, Pahang...WHOA !! aku ditawarkan untuk sambung belajar di kolej tersebut dalam twinning programme Perbankan Islam IKIP+YARMOUK...dan, pra syarat untuk sambung pelajaran ke kolej tersebut ialah, mesti masuk Kursus Intensif Bahasa Arab [KIBA] yang bertempat di Cherating Bay Resort, Pahang. Kat resort bhai~~ haha. Tapi tu lah, bersesuaian dengan vanue KIBA tersebut, maka kos untuk belajar selama 4 bulan ialah, RM500x12... pergh !!

Dengan membuat keputusan hanya seminggu, aku pun bersiap untuk ke KIBA.

Sampai di KIBA, aku pun memulakan hidup baru. Pertama kali aku menuntut ilmu di luar negeri [dari Perak ke Pahang]. WAH..sangat mencabar duduk di KIBA. Hanya aku SEORANG pelajar dari Perak !! haha...ramai dari Pahan, Terengganu dan Kelantan. Oleh kerana mungkin dengan keputusan yang terburu-buru, aku seriously tak dapat tahan untuk teruskan pengajian di KIBA. Akhirnya, setelah seminggu, aku pun balik semula ke Perak~ [malunye..] Boleh klik [SINI] untuk baca....hehe

Kembali buntu....STAM tak dapat, Maktab pun tak dapat, IKIP aku surrender. Tambahan, Diploma Pentadbiran Islam di UNISZA aku tolak. Ke mana lagi nak ku tuju??

Selepas pulang [lari] dari IKIP, aku terfikir dan berfikir. Kenapa Allah uji aku dengan dugaan sedemikian? Barangkali Allah nak buka seluas-luasnya jalan untuk aku sambung belajar ke bumi Jordan ni. Tanpa ada terikat dengan mana2 institusi pengajian lain. Allahu Allah~

Dalam tempoh persiapan aku untuk ke Jordan, aku sekali lagi mencari kerja. Dengan niat nak simpan duit sikit sebagai bekalan untuk bermusafir. Kali ini, aku berkerja di stesen minyak Petronas. Kalau nak dibandingkan ketiga-tiga tempat kerja ni, di Petronas paling best. Sebab kita boleh tengok dan rasai sendiri, perangai dan ragam manusia, dalam berhadapan dengan pekerja yang lekeh2 macam pump attandent. Hahaha.... Kalau nak cerita, memang panjang. Tapi sayang, sebab aku tak sempat nak update blog ni berkenaan pekerjaan aku di Petronas.

Pendekkan cerita, masa di Pertonas, JAIPk hubungi aku dan bgtau yang aku kena pergi Kursus Biro Tata Negara [BTN] sebagai pra syarat untuk meneruskan pengajian ke luar negara. OK, dan aku pun join. [SINI]

Maka, tibalah tarikh keramat, 3 Sept 2010, jam 0330. Kali terakhir kakiku terjejak di bumi Malaysia. Agak sukar untuk menerimanya pada masa itu kerana, SEMINGGU SEBELUM RAYA !! waaa....kami kontijen Perak memang diuji. Seluruh pelajar Perak yang sambung ke Jordan dan Mesir berangkat sebelum raya..huk3

Takpe lah, mengenangkan kita pergi untuk menuntut ilmu, maka diikhlaskan jugalah hati yang duka~

Hari ini....

Setelah 7 bulan aku berada di bumi orang. Kadang kala aku masih belum percaya yang aku sekarang bukan lagi di Malaysia. Bahkan beribu-ribu batu jauhnya. Seakan-akan aku bermimpi. Benarkah semua ini? Setelah bermacam-macam yang aku lalui....

Ya Allah...sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala-galanya. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Permudahkanlah dan bantulah aku dalam usaha menuntut ilmu agamaMu di Bumi Anbiya' ini...

Begitulah kisahnya....

Serba sedikit tentang kehidupanku di Mu'tah, Jordan..


ini ialah logo Jami'ah Mu'tah.


pintu masuk selatan...


di tengah2 uni., ada kolam. kandang2 ada air, kadang2 tidak. hehe


bangunan Maktabah / Perpustakaan


bangunan Kuliah Syariah.
masa ni ada kempen pilihan raya untuk kepimpinan Uni.
sebab tu ada bnyk banner yang tergantung.


Kuliah Syariah.
terbahagi kepada dua Qism / Jabatan.
1 - Fiqh wa Usul
2- Usuluddin


Syariah dan Huquq / Perundangan dalam bangunan yang sama.


Kuliah Adab / Arts / Kesusasteraan
Fakulti ini khusus untuk pelajar yang ambil jurusan Bahasa Arab


macam ni lah rupa kelas kami.


meja Doktor mengajar.


dan ini pula bentuk rumah kami di Jordan.
Ada banyak bentuk2 lain lagi sebenarnya. Boleh klik pada imej untuk besarkan.


Itu lah serba sedikit.

Pengajarannya di sini, apabila kita diuji oleh Allah SWT dengan sesuatu dugaan, jangalah kita mudah untuk berputus asa. Hendaklah sentiasa bersangka baik dengan apa yang Allah telah tetapkan untuk kita. Bahawa setiap kesusahan itu ada kesenangan. [as-Syarh : 5-6]

Sedikit video untuk tatapan pembaca. Beginilah kehidupan seharian kami di Mu'tah, Jordan... :)

____________


p/s - kepada mak, abah, abwan, k.cik+abg. alias, terima kasih atas segala pengorbanan kalian untuk anakanda / adinda sejak dari Malaysia hingga kini berada di bumi Jordan. Kalian akan tetap dalam ingatan. Ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kekhilafan yang anakanda / adinda lakukan, sedar atau tidak. Hehe...mkaseh2... :P

Wassalam...

Selasa, Mac 08, 2011

Allah selamatkan kamu~

assalamualaikum....


8 Mac 1992...telah lahirnya seorang bayi yang comel, kiut lagi miut....diberi nama Muhammad Amirul bin Razali...hehe

seletah 18 tahun menyambut hari lahirnya di Malaysia, kali ke 19 ni pula, disambut di perantauan / Jordan...waaa

ucapan kami semua, [termasuk pmbaca] ; Semoga Allah murahkn rezkimu, dipanjangkn umur, serta dimudahkan segala urusan di dunia mahupuh di akhirat....amiin~

terima kasih kpd yg sudi membantu dlm mnyambut hari lahir ini~sekian.. :)

Rabu, Februari 16, 2011

Mata Jin~

assalamualaikum..


kpd mereka2 yg telah melihat video ini, dan mmpunyai ilmu tentangnya, sila perjelaskan...hehe

mari kita bersama-sama berkongsi ilmu... :)

semoga Allah menjauhkn kita dari sifat / perbuatan keji / syirik / khurafat...
amiinn...

Khamis, Februari 10, 2011

Pemuda Itu...

assalamualaikum..


Nabi Muhammad SAW telah berpesan kepada Saidina Umar dan Saidina Ali;

''Akan lahir dalam kalangan Tabi'in seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir pada zaman kamu.''

Telah kita sedia makruf akan siapakah Saidina Umar dan Saidina Ali. Keduanya adalah insan yang telah tersenarai sebagai 'al-Mubasyirun bil Jannah' iaitu mereka yang sudah dijamin syurga. Rasulullah SAW kemudiannya bersabda lagi;

''Pada zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doanya sangat makbul. Kalian pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman. Dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul pada zaman kamu. Carilah dia. Sekiranya kalian berjumpa dengannya, mohonlah agar dia berdoa untuk kamu berdua.''

Lantas Saidina Umar dan Saidina Ali bertanya kepada Rasulillah SAW;

''Apakah yang patut kami minta daripada Uwais al-Qarni ya Rasulullah?''

Rasulullah menjawab;

''Kalian mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kalian.''

Banyak peristiwa di mana para sahabat yang hadir bertemu Rasulullah SAW, kemudian memohon sesuatu yang baik untuk mereka, Rasulullah SAW menjawab;

''Pohonlah Maghfirah (keampunan) daripada Allah SWT.''

Hatta kepada orang yang telah dijanjikan syurga, namun, mencari keampunan Allah SWT adalah sesuatu yang begitu utama. Perlu dilaksanakan dan diusahakan oleh setiap orang yang beriman. Secara logiknya, apakah perlu untuk orang yang sudah dijanjikan syurga memohon keampunan? Namun begitu, Rasulullah SAW tetap memberi penekanan kepada ummatnya untuk sentiasa memohon keampunan daripada Allah SWT. Ini kerana, Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah SWT juga sentiasa memohon keampunan daripadaNya.

Ternyata benarlah bagai yang disabda, Uwais al-Qarni telah muncul pada zaman Saidina Umar dan Saidina Ali. Mereka tertunggu-tnggu dan tercari-cari kabilah-kabilah yang datangnya dari arah Yaman menuju ke Madinah. Akhirnya, Saidina Umar dan Saidina Ali bertemu dengan Uwais al-Qarni. Dengan pandangan mata kasar, beliau tidak mungkin orang yang bagai disabdakan oleh Rasulullah SAW. Ini kerana, pada kaca mata umum, beliau hanya dianggap sebagai orang yang kurang waras.




* * * * * * * *


UWAIS AL-QARNI...

Beliau adalah seorang pemuda yang ditakdirkan oleh Allah SWT menghidap penyakit sopak sejak dilahirkan. Badannya bertompok putih. Sopak adalah penyakit yang tidak digemari oleh kebanyakan manusia. Walaupun menghidap penyakit sopak, namun beliau tetap seorang hamda Allah SWT yang soleh. Beliau terlalu mengambil berat akan kondisi ibunya yang telah uzur dan lumpuh. Beliau begitu tekun dan tabah dalam mencari keredhaan ibunya. Bapanya telah meninggal dunia semasa kecil.

Suatu hari, ibunya memberitahu akan hasratnya untuk menunaikan haji kepada Uwais al-Qarni. Ibunya menyuruh agar Uwais al-Qarni mengikhtiarkan apa jua kaedah dan caranya untuk membolehkan dia sampai ke Makkah serta dapat menunaikan haji. Akan tetapi, mereka merupakan orang miskin, Uwais al-Qarni merasa tidak mampu untuk menampung perbelanjaan untuk ibunya menunaikan haji pada masa itu. Ini kerana, pada zaman tersebut, kebanyakan orang yang berasal dari Yaman menyediakan beberapa pengangkutan berasaskan unta yang dipasang di atasnya 'Haudat'. Haudat adalah kamar kecil yang dipasang di atas unta bagi melindungi penunggangnya daripada terik matahari dan hujan. Ia sangat selesa namun menelan kos perbelanjaan yang tinggi. Uwais al-Qarni tidak yakin dapat menyediakan kemudahan seperti itu. Sedangkan seekor unta beliau tidak miliki, apatah lagi ingin menyewanya.

Hari berganti hari, ibu Uwais al-Qarni semakin uzur. Berkata ibu Uwais al-Qarni kepadanya;

''Anakku, barangkali ibu sudah tidak lama lagi dapat bersamamu. Ikhtiarkanlah agar ibu dapat menunaikan haji...''

Suatu hari, Uwais al-Qarni mendapat satu ilham. Beliau lantas membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan tamat tempoh menyusu. Beliau membuat kandang kecil di atas sebuah bukit. Mengikut rancangannya, pada sebelah petang, beliau akan mendukung anak lembu tersebut naik ke atas bukit, dan pada keesokan paginya, beliau akan mendukung semula anak lembu itu turun untuk diberi makan. Itulah rutin Uwais al-Qarni seharian. Setiap hari. Ada waktu dan ketikanya, Uwais al-Qarni mendukung lembu itu mengelilingi bukit tersebut. Perilakunya mengundang buah mulut orang. Ramai yang mengatakan Uwais al-Qarni seorang yang gila.

Manakan tidak, membina kandang lembu di atas bukit. Kemudiannya mendukung lembu setiap pagi dan petang. Turun naik bukit. Akan tetapi, Uwais al-Qarni bukanlah seperti yang digossipkan oleh orang ramai.

Setelah enam bulan berlalu, lembu yang berat asalnya hanya 20kg, kini sudah mencecah 100kg. Otot-otot tangan serta badan Uwais al-Qarni menjadi lebih tegap dan gagah. Mudah untuknya mengusung lembu itu turun serta naik ke atas bukit setiap hari.

Selepas lapan bulan, tibalah pada musim haji. Rupa-rupanya, perbuatan Uwais al-Qarni selama ini hanyalah sebagai latihan baginya untuk membawa ibunya mengerjakan haji. Dengan gigih serta tabahnya, Uwais al-Qarni telah mendukung ibunya dari Yaman menuju ke Makkah. Bersama-samanya Uwais al-Qarni sertakan barang-barang keperluan seperti air dan roti sebagai bekalan sepanjang perjalanan. Sedangkan lembu yang beratnya sekitar 100kg mampu didukungnya setiap pagi dan petang, inikan pula ibunya sendiri yang berat hanya sekitar 50kg.

Uwais al-Qarni mendukung ibunya dengan tangannya sendiri dari Yaman ke Makkah. Terus melaksanakan haji. Dari ibadah tawaf, sa'ie, mahupun ke Arafah, Uwais al-Qarni tabah mendukung ibunya. Malah, Uwais al-Qarni juga turut mendukung ibunya pulang semula dari Makkah ke Yaman. Subhanallah...




Sekembalinya ke Yaman, ibunya bertanya;

''Uwais anakku, apakah yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Makkah?''

Uwais al-Qarni menjawab;

''Saya berdoa, memohon agar Allah SWT mengampunkn segala dosa-dosa ibu.''

''Bagaimana pula dengan dosa-dosa kamu?''

''Dengan terampunnya dosa-dosa ibu, ibu akan masuk ke syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga turur akan masuk ke syurga.''

Lantas ibunya berkata;

''Ibu mahu kamu berdoa agar Allah SWT menghilangkan penyakit sopak kamu ini.''

''Saya keberatan untuk berdoa, kerana ini Allah SWT yang jadikan. Jikalau tidak redha dengan kejadian Allah, seperti saya tidak bersyukur kepada Allah SWT''

''Kalau ingin masuk ke syurga, haruslah taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan kamu berdoa.''

Mendengarkan kata-kata ibunya itu, Uwais al-Qarni akhirnya tiada pilihan lagi. Terus beliau menadah tangan seraya berdoa sepertimana kehendak ibunya. Pulih dari penyakit sopak.. Namun begitu, kerana takut sekiranya masih ada dosa pada dirinya, Uwais al-Qarni berdoa;

''Ya Allah...tolonglah aku Ya Allah...Kerana ibuku, aku berdoa hilangkanlah putih (sopak) yang ada pada badanku ini melain tinggalkanlah sedikit...''

Allah SWT menyembuhkan penyakitnya serta merta. Maka hilanglah sopak di seluruh badannya kecuali tompok kecil di bahagian lehernya. Tanda putih kekal kerana permintaannya. Baginya, penyakit sopak ini adalah anugerah Allah SWT kepadanya, kerana tanda putih di lehernya merupakan tanda pengenalan yang disabdakan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Umar dan Saidina Ali.

''Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Sekiranya berjumpa dengan tanda itu, maka dialah Uwais al-Qarni..''

Tidak beberapa lama kemudian, ibu Uwais al-Qarni pulang ke Rahmatullah. Beliau telah menunaikan segala permintaan ibunya. Setelah itu, Uwais al-Qarni menjadi insan yang tinggi martabatnya di sisi Allah SWT.

Saidina Umar dan Saidina Ali akhirnya bertemu dengan Uwais al-Qarni sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW. Mereka meminta supaya Uwais al-Qarni mendoakan keampunan kepada Allah SWT kepada mereka. Pada ketika Uwais al-Qarni bertemu dengan Saidina Umar dan Saidina Ali, Uwais al-Qarni berkata;

''Aku ini datang dari Yaman ke Madinah, kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah SAW kepada kalian, iaitu supaya kalian berdua bertemu denganku...''

Maka Uwais al-Qarni pun mendoakan untuk mereka berdua....

Wallahualam..


[dipetik dan diubahsuai dari iluvislam,com]

Isnin, Februari 07, 2011

Abu Ayyub al-Ansari RA

assalamualaikum...



Abu Ayyub al-Ansari atau nama sebenarnya Khalid bin Zaid bin Kulaib berasal daripada keturunan Bani An-Najjar.

Beliau dikenali semasa peristiwa hijrah apabila mendapat penghormatan Rasulullah SAW apabila baginda ditakdirkan untuk mendiami rumah beliau setelah baginda sampai ke Kota Madinah al-Munawwarah.

Semasa Rasulullah SAW memasuki kota Madinah, setiap orang dalam kalangan kaum Ansar bercita-cita untuk menerima Rasulullah SAW sebagai tetamu dan sangat mengharapkan agar Rasulullah SAW apabila turun dari untanya lalu berhenti di hadapan rumah mereka. Ada di antara mereka cuba menghalang perjalanan unta baginda supaya unta tersebut menghala dan berhenti di hadapan rumah mereka. Lalu kemudiannya baginda bersabda;

''Biarkanlah ia pergi kerana ia telah diperintahkan.'' Lalu unta tersebut terus bejalan sehingga sampai di hadapan rumah Abu Ayyub al-Ansari RA. Lantas unta tersebut mematikan langkahnya.

Abu Ayyub al-Ansari RA telalu gembira melihat keadaan tersebut, lalu beliau terus mendapatkan Rasulullah SAW, menyambut kedatangan baginda dengan perasaan terlalu gembira dan terharu tak terkata sambil membawa barang-barang yang dibawa oleh Rasulullah SAW seolah-olah beliau membawa khazanah yang begitu berharga. Kemudian beliau menjemput Rasulullah SAW masuk ke rumahnya.

Rumah Abu Ayyub al-Ansari RA merupakan sebuah rumah yang mempunyai dua tingkat. Rasulullah SAW memilih tingkat bawah agar mudah urusan baginda untuk bertemu dengan sahabat yang mana mereka boleh keluar masuk dengan mudah. Akan tetapi, keadaan tersebut menyebabkan Abu Ayyub al-Ansari RA tidak dapat tidur di tingkat atas. Malah, beliau tidak dapat walau sedikitpun melelapkan matanya. Hatta menjelangnya waktu fajar. lalu beliau berjumpa dengan Rasulullah SAW lalu mengadu akan hal tersebut. Kemudian beliau meminta agar baginda berpindah ke tingkat atas.

Pada masa itu juga wajah baginda kelihatan ceria, lantas baginda bersabda;
''Janganlah kamu menyusahkan diri kamu wahai Abu Ayyub. Sesungguhnya kami lebih sesuai berada di tingkat bawah kerana ramai orang datang berjumpa kami.''

Lalu Abu Ayyub al-Ansari RA mengisahkan peristiwa tersebut :
''Aku melaksanakan perintah Rasulullah SAW yang teresbut sehinggalah berlaku pada suatu malam yang sejuk, bekas air kami pecah lantas menyebabkan airnya tumpah ke lantai tingkat atas. Lalu aku dan Ummu Ayyub (isteriku) terus bergegas ke tempat air yang tumpah itu. Namun pada masa itu kami tidak mempunyai walau sehelai kain melainkan kain baldu yang kami jadikan sebagai selimut ketika tidur.

Kami menggunakan kain tersebut untuk mengelap air yang tertumpah kerana khuatir sekiranya air tersebut menitis ke tingkat bawah, yakni tempat Rasulullah SAW berada. Pada keesokan harinya, aku berjumpa Rasulullah SAW, lalu aku berkata;

''Demi bapaku, kamu dan ibuku, aku tidak suka berada di atasmu sedangkan kamu di bawahku.''

Setelah itu aku menceritakan kepada baginda mengenai bekas air tersebut. Lalu kemudiannya baginda menerima permintaanku dan baginda bersetuju untuk naik ke tingkat atas, manakala aku dan Ummu Ayyub pula turun ke tingkat bawah.

Rasulullah SAWmenetap di rumah Abu Ayyub al-Ansari RA selama lebih kurang tujuh bulan sehinggalah masjid baginda dibina, serta dilengkapi dengan bilik-bilik yang terdapat di sekeliling masjid. Kemudiannya baginda berpindah ke sana.

Abu Ayyub al-Ansari RA adalah seorang yang berhati lembut, sangat menyayangi baginda Rasulullah SAW, sangat pemurah, gemar memberi makan kepada orang lain serta beliau juga memiliki sebatang pohon kurma yang mana beliau mengusahakannya untuk menampung kehidupannya sekeluarga.

Selain itu, Abu Ayyub al-Ansari RA juga merupakan salah seorang pahlawan perang. Beliau menyertai kesemua peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Begitu juga dengan peperangan yang berlaku pada zaman pembukaan kawasan Islam. Kesemua peperangan telah beliau sertai melainkan jika ada peperangan yang berlaku serentak. Malah Abu Ayyub al-Ansari RA tidak pernah ketinggalan menurut serta dalam peperangan yang diikuti oleh umat Islam semenjak pada zaman Rasulullah SAW sehinggalah ke zaman Kerajaan Umayyah.

Semasa hayat Rasulullah SAW, baginda pernah bersabda;

''Costantinople (Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera...''

Demi mendengarkan sabda Rasulullah SAW, Abu Ayyub al-Ansari RA begitu yakin dan percaya, bahawa suatu hari nanti, kota Costantinople akan jatuh ke tangan umat Islam. Sejak itu, umat Islam seluruhnya berlumba-lumba untuk membebaskan kota itu.

Pada zaman pemerintahan khalifah Muawiyah, Muawiyah telah menghantar sepasukan tentera dengan misi untuk membuka kota Costantinople di bawah pimpinan anaknya, Yazid. Pada masa tersebut Abu Ayyub al-Ansari RA telah berumur. Usianya telah mencecah 80 tahun. Walaubagaimanapun, beliau tetap keluar bersama-sama dengan pasukan tentera dengan menaiki pengangkutan laut.

Semasa dalam pelayaran, Abu Ayyub al-Ansari RA telah jatuh sakit. Lalu panglima tentera masa itu bergegas menemuinya, lantas bertanya, ''Wahai Abu Ayyub ! Adakah kamu ingin meminta sesuatu?'' Justeru Abu Ayyub al-Ansari RA meminta kepada panglima tersebut, sekiranya beliau meninggal dunia, usunglah jasad beliau dan kebumikanlah di bumi Costantinople, iaitu di kubu persempadanan Costantinople. Ternyata akhirnya beliau meniggal dunia pada ketika itu.

Setelah peristiwa tersebut, tentera Islam berusaha menyerang musuh sedikit demi sedikit. Akhirnya mereka berjaya sampai ke sempadan Costantinople dalam keadaan mereka mengusung jenazah Abu Ayyub al-Ansari RA. Di sana, mereka lantas mengebumikan jenazah yang mulia tersebut.

Kehendak Abu Ayyub al-Ansari RA dikebumikan di situ, tidak lain hanyalah ingin mendengan derapan kaki tentera Islam yang akan menawan kota Costantinope itu. Derapan kaki sebaik-baik tentera, dan sebaik-baik sultan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW.

Wallahualam...

Jumaat, Januari 07, 2011

Sinar buatmu Andalus..

assalamualaikum...


Kedatangan Islam ke Andalusia (Sepanyol) bukan sahaja membawa cahaya tauhid malah membebaskan rakyat negara itu dari penindasan serta kezaliman. Ketika itu Sepanyol diperintah oleh Raja yang berbangsa Gothic. Dia dan orang-orangnya hidup dalam kemewahan sedangkan rakyat dibiarkan kesengsaraan. Para petani dipaksa membayar cukai yang tinggi.

Kaumwanita terutama anak-anak gadis yang cantik berasa tidak selamat kerana sering diperkosa oleh Raja Roderic ataupun konco-konconya. Mereka yang cuba melawan dibunuh malah ada yang dibakar hidup-hidup. Akibat penindasan yang tidak berperikemanusiaan itu, rakyat hidup dalam bayangan ketakutan. Sebahagian besar penduduk terpaksa melarikan diri ke sebuah wilayah yang aman dan makmur di benua Afrika. Sebuah wilayah yang penuh dengan nilai toleransi kerana dinaungi oleh sebuah kerajaan Islam.

Panglima Julian, iaitu Gabenor Ceuta, menaruh perasaan marah dan dendam kesumat terhadap Raja Roderic kerana telah menodai anakandanya Florida, puterinya yang cantik jelita. Bagi membalas dendam amarahnya kepada raja yang zalim itu, dia berangkat ke Afrika lalu menghadap Musa bin Nusair, wakil khalifah Islam di Afrika. Julian meminta bantuan tentera Islam bagi menumbangkan pemerintah kejam, Raja Roderic.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Musa bin Nusair segera mempersiapkan sebuah angkatan perang seramai 12,000 orang bagi menawan Andalusia (Sepanyol), serta membebaskan rakyat jelata negara itu daripada penindasan. Beliau melantik Tariq bin Ziyad sebagai panglima angkatan tentera bagi memimpin armada perangnya itu.

Dengan menaiki 12 kapal perang, tentera Islam menuju ke benua Eropah. Setelah mendarat di Andalusia, Tariq segera memerintahkan agar kapal-kapal yang mereka naiki dibakar. Pada mulanya, tindakan itu mendapat bantahan daripada sebilangan besar tentera Islam. Mereka menganggap perbuatan itu kurang siuman dan bertentangan dengan hukum Islam yang melarang merosakkan harta awam. Apatah lagi, kapal perang kepunyaan mereka sendiri. Mereka mempersoalkan bagaimana hendak pulang ke tempat asal apabila kapal yang mereka naiki sudah dibakar.


Untuk memecahkan kebuntuan tenteranya, Tariq bin Ziyad segera mengumpulkan tenteranya di sebuah bukit yang kini dikenali sebagai Gibraltar (Jabal Tariq). Lalu Tariq pun menyeru dengan lantang, yang mana ucapannya itu terkenal sehingga ke hari ini,

''Wahai saudara-saudaraku! Di belakang kita laut, di hadapan kita musuh. Kita tidak akan dapat melarikan diri. Demi Allah, kita datang ke sini bagi syahid ataupun mencapai kemenangan. Dan kita tidak akan pulang selagi belum mencapai matlamat itu!''

Kata-kata keramat Tariq bin Ziyad itu berjaya menuipkan kembali semangat jihad dalam kalangan tentera Islam. Dengansemangat yang berkobar-kobar mereka mara menentang tentera Raja Roderic yang mempunyai kekuatan tentera seramai 100,000 orang.

Tariq bin Ziyad asalnya seorang hamba atau budak suruhan milik Musa bin Nusair. Dia akhirnya dilantik oleh Musa sendiri menjadi pembantunya kerana mempunyai sifat-sifat yang terpuji. Seterusnya diberi kepercayaan memimpin 12,000 orang tentera Islam ke Andalusia. Pada mulanya, tujuan penghantaran tentera adalah bagi meninjau keadaan tempat dan kekuatan musuh serta mencari titik kelemahan musuh sebagai persediaan menunggu ketibaan bala tentera yang akan dipimpin oleh Musa bin Nusair. Akan tetapi, Tariq berfikiran sebaliknya. Beliau beranggapan bahawa mereka ke Andalusia demi meraih syahid ataupun menumbangkan kuasa musuh. Oleh itu, beliau sanggup membakar kapal perang yang mereka naiki supaya tentera-tentera Islam di bawah pimpinannya tidak berhajat untuk pulang ke tanah air.

Pada 19 Julai 711M, maka terjadilah pertempuran antara tentera Islam yang dipimpin oleh Tariq bin Ziyad dengan tentera Gothic yang dipimpin oleh Raja Roderic. Peristiwa itu berlaku berhampiran dengan sungai Barbat kerana di situlah tentera Gothic berkumpul bagi menghalang kemaraan tentera Islam. Walaupun pasukan tentera Islam jauh lebih kecil bilangannya berbanding tentera musuh, ditambah pula dengan kelengkapan senjata yang serba kekurangan, namun, semagat jihad yang membakar di dalam diri tentera Islam, membuatkan mereka berjaya memberi pukulan hebat terhadap tentera musuh. Akhirnya, tentera Gothic tewas dan Raja Roderic mati lemas di sungai Barbat ketika cuba melarikan diri.

Kekalahan itu amat memalukan tentera Gothic lalu mereka mengumpul semula kekuatan bagi mengusir tentera Islam daripada tahan air mereka. Tetapi tentera Islam bertambah kuat dengan tibanya tentera tambahan daripada Afrika yang dipacu sendiri oleh Musa bin Nusair.

Kemudian terjadilah satu lagi pertempuran sengit di Ecijia. Dalam pertempuran itu, tentera yang dipimpin oleh Tariq bin Ziyad bergabung dengan tentera yang dipimpin oleh Musa bin Nusair. Natijahnya, tentera Islam sekali lagi meraih kemenangan. Tariq bin Ziyad belum berpuas hati dengan kemenangan itu. Dengan persetujuan Musa bin Nusair, tentera Islam dibahagikan kepada empat pasukan sebelum dihantar ke Cordoba, Malaga dan Granada. Tariq bin Ziyad sendiri memimpin pasukan utama menuju ke Toledo, ibu kota Andalusia. Keempat-empat kota itu dapat ditawan dengan mudah oleh tentera Islam tanpa mendapat tentangan sengit.

Antara faktor kejayaan gemilang tentera Islam di Andalusia adalah kerana rakyat negara itu sememangnya sudah benci terhadap pemerintahan zalim Raja Roderic. Oleh itu, kedatangan tentera Islam dianggap sebagai penyelamat malah ada yang sanggup menyertai tentera Islam bagi menentang tentera Gothic.

Rakyat Andalusia yang sekian lama hidup di bawah kekuasaan tentera Gothic tertarik dengan kebaikan perilaku serta akhlak tentera Islam. Seorang ahli sejarah, Philip K. Hitti berkata, ''Penaklukan Sepanyol merupakan perjuangan pertama dan terakhir yang paling sensasi bagi bangsa Arab. Mereka berjaya menakluki wilayah Eropah yang paling luas ke dalam kekuasaan Islam.''

Penaklukan Andalusia oleh orang-orang Islam mendorong timbulnya revolusi sosial di mana kebebasan mengamalkan agama masing-masing diakui serta dihormati. Rakyat Andalusia yang sudah lama menderita akibat kekerasan serta penindasan menyambut baik kebaikan serta keharmonian yang ditonjolkan oleh tentera Islam. Kini penderitaan mereka digantikan dengan kedamaian.

Rakyat tidak lagi merasa tertindas dan harta mereka juga terjamin. Paderi-paderi Kristian yang pada mulanya menyembunyikan diri kerana khuatir dengan tindak balas orang-orang Islam kembali semula ke kampung halaman. Mereka semuanya memulakan hidup baru di bawah naungan Khilafah Islamiyah yang adil dan saksama.

Tariq bin Ziyad bercadang untuk meluaskan taklukannya ke seluruh benua Eropah. Akan tetapi, manusia hanya merancang, namun Allah jua yang menentukan. Ketika persiapan perang sedang rancak dijalankan, tiba-tiba Tariq bin Ziyad diperintahkan oleh khalifah untuk kembali ke Damsyik (Syiria). Sebagai panglima tentera yang penuh dengan disiplin, beliau mematuhi arahan tersebut. Niatnya mahu menakluk seluruh Eropah terpaksa dibatalkan.

Tariq bin Ziyad menghembuskan nafas terakhirnya di Damsyik. Namanya terukir di dalam catatan sejarah sebagai panglima perang yang berjaya menggerunkan pasukan tentera Sepanyol di bawah pimpinan Raja Roderic. Hingga kini, Gibraltar atau nama asalnya Jabal Tariq (Bukit Tariq) masih megah dan abadi di Andalusia, Sepanyol.

Atas usahanya, dan dengan izin Allah SWT kerajaan Islam al-Andalus bertapak di Sepanyol selama 781 tahun. Di Sepanyol beliau telah menjadi lagenda sehingga menerima gelaran 'Tariq El-Tuerto' yang bermaksud 'Tariq bermata satu'. Semoga Allah merahmatinya.

Kini, kita sebagai umat Islam harusalah mencontohi keimanan serta semangat juang yang kental yang telah ditonjolkan oleh panglima Tariq bin Ziyad. Sesungguhnya umat Islam suatu masa dahulu telah menguasai 2/3 dunia.

Apakah kita sudah melupakan saat gemilang tersebut? Ke manakah perginya pejuang-pejuang Islam masa kini? Apakah kita mahu sejarah kegemilangan Islam dilupakan begitu sahaja?

Ya Allah, bantulah kami hamba-hambaMu. Kurniakanlah kepada kami pejuang-pejuang yang akan kembali menegakkan kembali agamaMu di bumi ini. Kurniakanlah kepada kami semangat jihad seperti Tariq bin Ziyad, Muhammad al-Fateh, Salahuddin al-Ayubi serta pejuang-pejuang agamaMu yang lain...

Wallahualam..

Selasa, Januari 04, 2011

Sebaik-baik Sultan Yang Dijanjikan

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum....

HADITH RASULULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN KOTA COSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit Khandaq; ''Costantinople (Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.....''

(Hadith riwayat Imam Ahmad)


* * * * * * * *



Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Costantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT di dalam Hadith tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.

Di dalam salam sebuah kempen semasa Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi SAW iaitu Abu Ayyub al Ansary RA telah syahid dan dimaqamkan di bawah dinding kubu Kota Costantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimaqamkan di situ, maka beliau menjawab,

''Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Costantinople.''

Begitulah teguhnya iman seorang sahabat Nabi SAW.

Hadith Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah bersama 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan tenteranya sehingga disebut ''sebaik-baik raja, dan sebaik-baik tentera'' di dalam Hadith tersebut.


* * * * * * * *


PENGENALAN



Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432M di Adrianapolis (sempadan Turki-Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula sejak 800 tahun sebelum baginda dilahirkan. Ini kerana baginda telah disebut sebagai 'sebaik-baik raja' di dalam Hadith Rasulullah SAW. Baginda juga dikenali sebagai Muhammad al-Fateh (pembuka) kerana kejayaannya membebaskan Costantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dam memerintah selama 30 tahun (1451-1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481M kerana sakit. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat akibat diracun.


PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya ialah Syeikh Shamsuddin al-Wali. Beliau dikatakan berasal dari susur galur keturunan Saidina Abu Bakar as-Siddiq RA.

Di dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang taktik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendikiawan ulung pada zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa, iaitu, bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Herbew.

Di dalam ilmu pemerintahan pula, ayahanda baginda, iaitu Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik baginda baru berusia 12 tahun memangku jawatan khalifah. Pada usia semuda itu baginda telah matang dalam menangani tipu helah musuh.


KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu' dan merendah diri. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, baginda membuka baju serta serbannya, lalu mengangkat batu dan pasir hingga para ulama' dan para menteri mengikut sama bekerja.

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulama' dan selalu berbincang dengan mereka berkenaan permasalahan negara.


* * * * * * * *


PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN COSTANTINOPLE



Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, baginda mengkaji pelan Kota Costantinople pada setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi peperangan yang sesuai digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hinsari dibina di tebing sebelah Eropah. Ia terletak lebih kurang 5 batu dari Kota Costantinople di mana Selat Bosphorus adalah selat yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulunya. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Basphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallichia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Costantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulama' dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Costantinople, baginda mengarahkah agar dilaungkan azan solat secara berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan takbir yang memecah kesunyian alam.


MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS COSTANTINOPLE



Setelah segala persiapan lengkap diatur, baginda menghantar utusan kepada Raja Byzantine meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453M, serangan dimulakan. Kota tersebut dihujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak, tetapi dinding tengahnya masih teguh.


Menara Bergerak (Siege tower)


Seterusnya baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantine berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ia menembusi dinding tengah kubu mereka.


Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn di rentang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada tentera Uthmaniyyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Byzantine.


Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung




Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai antara taktik peperangan yang terbaik dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.


Memanjat dan Membedil Dinding Kota

Keesokan paginya, tentera Uthmaniyyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantine menyebabkan ramai yang gugur syahid. Baginda memerintahkah tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga pagi.


Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera baginda. Pada saat yang genting ini baginda berucap menaikkan semangat tenteranya.

''Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!''

Mendengarkan itu, Hassan Ulubate, salah seorang tentera baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 orang tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka semua kemudiannya syahid dek dihujani anak panah tentera musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantine sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar !!


Penawanan Costantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Costantinople jatuh ke tangan umat Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan). Gereja Besar St. Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhu'nya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur kr hadhrat Illahi. Semenjak peristiwa itu, baginda digelar al-Fateh iaitu yang membuka serta membebaskan Kota Costantinople.


* * * * * * * *


SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA



Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa sahaja yang
layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun,
lantas bertanya, ''Siapakah di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau
sekali, sila duduk!'' Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak ada seorang pun daripada mereka pernah
meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, ''Siapa di antara kita yang sejak baligh sehingga kini pernah meninggalkan
solat sunat rawatib, sila duduk!'' Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi, ''Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah
meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!''. Kali ini semuanya duduk, kecuali
Sultan Muhammad al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu,
solat sunat rawatib, dan solat sunat tahajjud sejak baligh. Inilah baginda anak didik
Syeikh Shamsuddin al-Wali. Bagindalah sebaik-baik Sultan yang telah diisyaratkan oleh
Rasulullah SAW dalam Hadithnya itu.

wallahualam...