Ikuti~

Selasa, Disember 14, 2010

perang Mu'tah

assalamualaikum...

tapak peperangan Mu'tah..

Peperangan Mu'tah berlaku pada sekitar tahun 629M ketika di akhir kehidupan Nabi Muhammad S.A.W. Ketika ini baginda menghantar tentera seramai 3,000 orang untuk menghadapi tentera Rome Byzantine seramai 200,000 orang.

Tujuan baginda menghantar tentera Islam adalah sebagai tindak balas atas pembunuhan seorang utusan baginda ke wilayah kerajaan Ghassan ketika baginda ingin menyebarkan Islam ke wilayah jajahan Rome.

Ketika ini, baginda melantiik tiga orang panglima Islam dengan Zaid bin Harithah sebagai ketua panglima, Ja'afar ibn Abi Talib sebagai ketua panglima sekiranya Zaid terkorban dan Abdullah bin Rawahah sebagai pengganti Ja'afar sekiranya Ja'afar terkorban.

Pertempuran berlaku di Karak di mana pada hari ini terletak di negara Jordan. Di dalam peperangan ini, ketiga-tiga ketua panglima yang dilantik Nabi terkorban. Apabila kesemua panglia terkorban, Thabit bin Arqam mengendalikan tentera Islam buat seketika, namun beliau tidak berkehendak untuk memimpin tentera Islam ketika itu.

Setelah beberapa ketika, Thabit mencadangkan Khalid bin al-Walid dilantik sebagai ketua panglima tentera Islam. Pelantikan ini dipersetujui oleh kesemua tentera Islam. Selepas pelantikannya, Khalid bertindak dengan menyelamatkan tentera Islam daripada diasak hebat oleh tentera Rome.

Dengan strategi pertukaran yang dibuat dan susunan tentera secara memanjang ke belakang beserta taktik untuk melakukan keriuhan di barisan belakang. Taktik ini berjaya mengelirukan tentera Byzantine. Hasilnya, Khalid berjaya mengundurkan tentera Islam sedikit demi sedikit tanpa dikejar tentera musuh.

Selepas itu, Khalid bertindak cemerlang dalam memimpin tentera Islam dalam usaha untuk menyebarkan Islam di Parsi dan di dalam siri Peperangan Islam - Rome Byzantine.


Makam Saidina Zaid bin Harithah
anak angkat kesayangan baginda...

Makam Saidina Ja'afar bin Abi Talib
(Ja'afar at-Tayyar)
sepupu baginda..


Makam Saidina Abdullah bin Rawahah
sahabat baginda Rasulullah S.A.W..


Ya Allah, tabahkan lah hati2 kami,
dan kurniakan lah kepada kami semangat juang untuk menegakkan agamaMu sepertimana Kau kurniakan kepada pejuang2 agamaMu yang terdahulu...

Semoga Islam kembali memerintah ummah....
amin....

wallahualam...

Sabtu, Disember 11, 2010

kesengsaraan di sebalik ketenangan..

assalamualaikum..


''Wahai saudari, sudikah saudari menerima kami sebagai tetamu keluargamu?'' ujar salah satu malaikat daripada tiga malaikat yang menjelma sebagai pemuda tampan bertubuh sasa itu.

Si gadis yang sedari tadi begitu leka mencedok air dari perigi itu terkejut. Hampir sahaja timba yang dipegangnya itu lucut ke dalam perigi. Wajahnya menjadi pucat. Lidahnya serta merta menjadi kelu. Dia tidak dapat berkata apa-apa. Hanya tiba-tiba diserang khuatir. Kekhuatiran yang bukan disebabkan oleh kehadiran pemuda-pemuda kacak dihadapannya itu, tetapi kerana dia telah dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku sekiranya mereka diterima bertamu di rumahnya.

Anak gadis Nabi Luth a.s itu cukup arif dengan amalan songsang warga Sadum yang pantang melihat lelaki muda, berwajah tampan, bertubuh sasa. Pasti anak muda itu menjadi mangsa untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Pada mereka, wanita tidak ada daya tarikan langsung. Lelaki hanya untuk lelaki, manakala wanita untuk wanita.

''Apa yang harus aku jawab kepada mereka,'' bisik si gadis itu sendiri. Dia menjadi begitu serba salah.

''Apakah kedatangan kami ini menganggu saudari?'' tanya pemuda itu kembali.

''Oh tidak. Tetapi...bolehkah tuan-tuan tunggu di sini sebentar? Biar saya maklumkan kepada ayahanda saya dahulu,'' balas si gadis terputus-putus. Dia mencapai bekas air yang hampir penuh dan pulang dengan tergesa-gesa.

Demi mendengar kedatangan tiga tetamu muda itu, Nabi Luth a.s mula resah dan gelisah dan berasa tidak tenteram.

''Ini adalah hari yang amat sulit bagiku,'' kata Nabi Luth a.s.

Baginda amat mengerti apakah akibatnya seandai kedatagan para tetamunya itu diketahui oleh kaumnya. Namun tabiatnya yang suka menerima tetamu, tetap mendesak meskipun risiko yang terpaksa diterimanya sangat tinggi. Hari sudah menjelang malam, baginda sendiri pergi menjemput para tetamunya.

Kepada isteri dan puteri-puterinya dipesan agar perkara itu dirahsiakan, jagan sampai tersebar kepada orang ramai. Kelak mengundang bahaya yang besar. Malangnya. si isteri tidak mampu berlaku setia. Dihebahnya berita perihal tetamu-tetamu mereka kepada kaumnya.

Sebaik sahaja mendengar berita yang menarik dan sangat ditunggu-tunggu itu, bergegas dan berpusu-pusulah mereka ke rumah Nabi Luth a.s.

''Wahai Luth! Bukalah pintu ini dan serahkan anak-anak muda itu kepada kami. Kami sangat memerlukannya. Buka pintu ini cepat!,'' Salah seorang daripada mereka terjerit-jerit sambil menendang daun pintu rumah Nabi Luth a.s.

''Wahai Luth! Engkau melarang kami mendekati anak muda, sebaliknya engkau sendiri menyimpan tiga orang pemuda,'' jerit satu suara yang lain.

''Ya Allah, selamatkanlah kami,'' doa Nabi Luth a.s sambil memandang ke arah tetamunya.

''Wahai kaumku! Aku ada anak gadis. Aku bersedia mengahwinkan kamu dengan mereka sekiranya kamu mahu. Tinggalkanlah perlakuan buruk kamu selama ini. Dan janganlah kamu ganggu para tetamu kami ini.'' Nabi Luth a.s tidak henti-henti menasihati kaumnya.

''Ah! Usah hendak bersyarah di sini. Kami ke mari bukan untuk mendengar leteranmu. Kami ke sini untuk bersuka ria.'' Suara-suara mereka kian tegas dan semakin tidak terkawal.

''Hai Luth! Engkau sememangnya tahu kami tidak perlu kepada wanita. Tapi kami yakin engkau tahu apa yang kami perlukan sekarang.''

''Baik engkau serahkan mereka kepada kami segera! Kalau tidak kami akan pecah-pecahkan pintu ini.''

Nabi Luth a.s tahu kemungkaran apa yang akan terjadi sekiranya tetamunya jatuh ke tangan mereka yang telah tenggelam dalam perlakuan yang melampaui batas itu. Baginda juga sedar, kalau dipertahankan sekalipun, mereka pasti akan cuba untuk menceroboh masuk. Kini, apa yang mampu dilakukan oleh Nabi Luth a.s hanyalah berdoa kepada Allah SWT. Hanya kepada Allah SWT sahajalah tumpuan terakhir, tempat baginda berserah diri dan bergantung harap.

Namun baginda dapati satu keanehan, tiada terbayang walaupun sedikit tanda-tanda kegusaran pada wajah para pemuda itu. Mereka kelihatan begitu tenang dan bersahaja.

''Wahai Luth, usah khuatir dengan ugutan mereka,'' kata salah seorang daripada pemuda itu. Nabi Luth a.s seakan-akan tidak mempercayai dengan apa yang diucapkan oleh pemuda itu. Bunyi ketukan pada pintu bertambah kuat dan keras.

"Wahai Nabi Allah! Sebenarnya kami adalah malaikat utusan Tuhanmu. Kami jamin mereka tidak akan dapat menganggu kamu. Bawalah keluarga dan pengikutmu keluar dari sini di akhir malam ini kecuali isterimu kerana dia termasuk golongan yang derhaka.''

Kini, barulah Nabi Luth a.s sedar bahawa pembalasan dari Allah SWT ke atas sikap keterlaluan kaumnya telah hampir tiba.

Tepat ketika seperti yang ditentukan oleh Allah, penglihatan kaum yang derhaka ditarik, dan serta merta segalanya makin kelam, hitam. Setiap mata telah men jadi buta. Akibatnya, keaadaan menjadi hingar bingar dan bercelaru. Masing-masing jadi buntu dan hilang haluan, lantas bertembung sesama mereka.

Menjelang Subuh, tatkala Nabi Luth a.s, beberapa keluarga dan pengikutnya sudah berada agak jauh dari sempadan kota Sadum, maka turunlah azab Allah SWT. Allah SWT memerintahkan malaikat memotong kedua-dua belah sempadan bumi warga Sadum itu dengan kedua-dua sayapnya. Kemudian bumi itu dijulang tinggi ke langit dan diterbalikkan bahagian yang atas ke bawah, yang bawah ke atas, lalu dihempas sekuat-kuatnya ke dasar bumi. Hancur berkecailah kota Sadum justeru terkuburlah semua pengamal-pengamal homoseks di dalam perut bumi.

Kemudian kawasan itu dihujani pula oleh batu-batu daripada tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi. Dan di dataran itu jugalah akhirnya terbentuk sebuah lautan. Lautan yang digelar 'LAUT MATI'.

ia adalah lambang kekuasaan dan keagungan kerajaan Allah SWT...
bahawa setiap kerajaan yang ingkar itu pasti akan hancur dan binasa...


siapa sangka...di sebalik ketenangan air laut mati, pernah wujudnya sebuah kerajaan yang hebat yang bernama Sadum...

Allah SWT mendatangkan azab adalah sebagai tanda kekuasaanNya agar manusia kembali patuh dan taat pada perintahNya..

wallahualam..

Ahad, November 14, 2010

Salam Eidul Adha~

assalamualaikum....

:: syukur ke hadhrat Illahi, dgn limpah dan kurniaNya masih lagi kita diberi nikmat kehidupan sehingga hari ini...serta masih diberi 2 nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam, dan juga 2 nikmat yg sering dilupakan iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang.... ::

Hari raya Aidil Adha ..

Hari Raya Aidil Adha
(bahasa arab : عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

- Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

-Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

-Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

-Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a: Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.

wallahualam...
selamat beramal...

Rabu, Oktober 20, 2010

APAKAH ????

MCM NI SEMBANG NK PERTAHAN NEGARA ISLAM !!!????


ADOOOIII PCK!!!!!

X IGT AKHIRAT KE????




ni dah kira menghina ni ! xleh jadi..xleh jadi....

pe nak jadi puak2 uh?? da jd cmni pn nk besa kpala lg?

dulu kmain marah org kapir lukis potret baginda.....

skarang pe cite?? adoi.....mnyirap2...

hish !

bertaubatlah kalian....

kembalilah kepada ISLAM yang sebenar....

jgn lah terlalu ego terhadap ALLAH SWT....

jgn sbb dy tu pemimpin, punya nama yg besar, sampai nak ditegur pn x boleh....

mulia sangat ke pangkat kt dunia ni?

akhirat nnt boleh bagi syafaat ke?

mmg la perlu patuh pada pemimpin...

firman Allah,
''Taatlah kamu kepada Allah, dan taatlah kamu kepada Rasul, dan pemimpin dalam kalangan kamu...'' - An-Nisaa : 59

''Taatlah kamu kepada Allah, dan taatlah kamu kepada Rasul,....'' ini merupakan perintah yang kita xboleh pertikai lagi dah...sememangnya WAJIB dipatuhi....

tp knp Allah x sebut 'taatlah pada pemimpin dlm kalangan kamu', tp Allah cuma sebut 'dan pemimpin dalam kalangan kamu' ?

sbb manusia tu sifatnya berubah2....selagi mana pmimpin tu patuh dan tunduk pada hukum2 Allah, maka wajib kita patuh....

kalau pmimpin tu secara jelas menentang, maka wajib kita tolak !

Ya Allah...berat sungguh fitnah ni....

jadi, kepada pihak2 yang berkenaan dgn program ni. mohonlah kemaafan kpd umat Islam, sbb prbuatan tu dah mengecilkan hati ramai umat Islam di Malaysia, dan mohonlah keampunan kpd Allah SWT khususnnya atas ketelanjuran kalian....

YA ALLAH....LINDUNGILAH NEGARA KAMI DARI AZAB SENGSARA YA ALLAH .......

KAMI MOHON KEAMPUNANMU YA ALLAH ......

apabila Islam disalah ertikan....

assalamualaikum...

sudah lama tak menapak di blog sndiri....

tiba2 rasa terpanggil pulak utk menulis(menaip)...

Firman Allah SWT, yg bermaksud :

''Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.''

Surah An-Nur : 31

sudah terang lagi bersuluh, bahawa perintah menutup aurat itu bukanlah perintah dari manusia yg suka2 utk mnyusahkan kaum wanita...tetapi perintah tersebut adalah utk MEMELIHARA MARUAH & HARGA DIRI wanita itu sendiri serta memelihara kaum lelaki yg mempunyai penyakit dlm hati2 mereka....

Islam tidak melarang untuk berfesyen....tetapi mstilah mematuhi syarat dan syariat yg telah ditetapkan oleh agama Islam itu sendiri....

tak salah kalau nak berfesyen, supaya tidak kelihatan ketinggalan zaman, xsalah nk berfesyen utk menunjukkan bahawa Islam itu indah...

tapi fesyen yg macam mana???

adakah dgn menganjur festival2 yg kononya pereka2 fesyennya terdiri dalam kalangan org2 islam??

cukupkah hanya dengan pereka fesyennya Islam, busana tersebut sudah diiktiraf sebagai menepati syariat??

adakah dgn menamakan festival tersebut dengan 'ISLAMIC FASHION FESTIVAL',
cukup utk mengiktiraf pakaian2 tersebut sebagai pakaian yg menepati syariat??

malang sungguh kalau pakaian2 jahiliah dikatakan sebagai pakaian2 Islam.....

sangat malang kalau org anggap Islam itu indah dengan pakaian2 JAHIL mcm ni...

adalah lebih malang jika nama ISLAM itu sendiri digadaikan oleh orang Islam sendiri...
mengaku ingin mmperjuangkan agama Tauhid ini...

siapakah penganjur??

belajar agama x??

tau hormat agama x??

mcm ni ke yg dikatakan ISLAMIC ??

MALU...MALU...MALU !!!!!


siap ada khat lg....





sape pakcik neh?? macam kenal...


pakaian2 mcm ni ke yg dikatakan ISLAMIC?
الله أكبر
malu la....

malu gila....

tak tau malu ke????

hadoyai....

menyirap darah aku nak taip entri ni....

org2 mcm ni ke yg kita nak harapkan utk membela agama ISLAM kt MALAYSIA?

Malaysia negara Islam kan?? kan?? orang2 luar anggap Malaysia sebuah negara Islam yg hebat....puji dengan keIslaman negara Malaysia...

tapi mcm mne kalau tiba2 tgk plak festivel ni?
mane pergi nilai2 keIslamannye yop ooii??

suruh berpengang dgn Al-Quran, tak nak...

stakat anjur Musabaqah tiap2 tahun, dengar je alunan Al-Quran, isi, perintah, hukum hakam xnak ambil, xguna jgk la....

tolong la....tolong....

bukak mate sket....fikir jauh sket.....

jangan sebab EGO korg dgn BANGSA korg sendiri, sampai ISLAM korg tolak tepi.....

aduh....

ni dah kira menghina ISLAM ni....
teramatlah bercanggah dengan perintah Allah utk memelihara aurat wanita2...

ok, kalau pun yg model2 tu bukan Islam,
pergi le lantak, apsal bubuh nama ISLAMIC FASHION FESTIVAL??

fikir2kan sendiri....nk sokong lg??

perlu ke nk terangkn lagi mcm mna yg dikatakan pakaian menepati syariat?

takkan xpernah belajar kot?

tutup aurat.....
bukan sekadar menutup KULIT....

kalau dah tutup smua kulit2 yg ada pd badan, tetapi masih KETAT, blum dikira sebagai menutup aurat....

tudung...
cukup ke kalau stakat tutup rambut? tapi dada masih ditayangkan pada khalayak ramai?

tologlah....ambil berat tentang hal ni....

kpd kaum2 Hawa, jgn igt, kalau korg xtutup aurat, xd kena mnengena dgn org lain....

meh sini nak bitau,

sorg LELAKI; akan menanggung dosa :

- dirinya sendiri bila dah aqil baligh
- anak laki yg blum baligh
- anak perempuan yg blum kawen
- isterinya sendiri

tidakkah anda menyayangi ayahanda2 kalian mahupun suami2 kalian wahai saudari2ku??

kalau sayang, knp msti nk humban org2 yg dah banyak berkorban utk diri kita ke Neraka kelak?? ='(

pernah terfikir x?

sebagai seorang lelaki, Allah berfirman dlm surah An-Nisa' ;

''Kaum lelaki adalam pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.....''

tidakkah ini sudah jelas wahai saudara2ku sekalian??

xcukup dengan dosa2 yg dilakukan oleh diri sendiri, sanggupkah kalian menanggung dosa2 org lain pulak?

tegur menegurlah antara kamu....mudah2an kamu memperoleh rahmat-Nya...

percayalah, ISLAM itu bukan MENYEKSA, bahkan MEMELIHARA...

Firman Allah SWT ;

''Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa takwa itulah sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).''

Al-A'raf : 26

Firman Allah SWT ;

''Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahaminya dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.''

Al-A'raf : 179

ada hati - fahamkan ajaran
ada mata - lihatlah kebenaran
ada telinga - dengarlah pengajian

mohonlah petunjuk, agar diri kita tidak tergolong dalam golongan orang2 yang dimurkai oleh Allah SWT...

* - mohon maaf andai terkasar bahasa...

wassalam~

Ahad, Oktober 03, 2010

sebulan di bumi mu'tah...

assalamualaikum...

hari ini, maka genaplah sebulan aku bermastautin di bumi Mu'tah, Jordan...

di sini, sepanjang sebulan, mcm2 yg dpt aku lihat, pelajari serta memahami...
mcm2 jenis manusia yg ada di dunia ni...
yang baik, baik sungguh...yg sengal, xyah ckp pn xpe...huk3

untuk sebulan pertama ni, khidupan aku di sini, boleh kata ok la...xd masalah sgt yg tmbul...
stakat gatal2 kulit, demam, btuk2 tu biasa la..diri baru nk sesuai dgn tmpt baru...

uhuh...tntang tmpt tggal, alhamdulillah...serba lengkap...
cumanya, internet msih blum pasang kt rumah...internet yg sebelum ni dah habis aqad/prjanjian...jadi, kenalah buat aqad baru..

berkenaan pelajaran.. setakat ni, boleh la aku merangkak2 nk faham apa yg Dr. bahaskn kt depan...aduh...cabaran2...
kitab2 madah dah beli...
Ya Allah..bantulah aku memahami apa yg diperbahaskan, dan beriknlah aku kefahaman dalam ilmu agama-Mu...huhu

kpd mak, abah, k.cik+abg lias & abwan :terima kasih atas bantuan dan sokongan anda semua terhadap diri ini...huhu

dan, sepanjang hdup ni, xpernah2 mmpi pun nk mmbeli barang ni...hehe
smpai sini baru berkesempatan..sempena utk musim sejuk yg mendatang ni...=)



jaket kulit...musta'mal / bundle....harga, 3JD sahaja !! haha...cincai2 kira RM15 jek...

mcm mtrix la plak...hehehe

boot musim sjuk...bundle jgk...harga 6JD.....

mcm askar jek...hehe

sekadar itu lah dahulu untuk hari ini....

kalau ada sumur di ladang,
boleh saya menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
nntikanlah entri yg akn diposkan lagi...=)

wassalam....

Jumaat, September 24, 2010

harap bersabar...

assalamualaikum...

skian lama x update....disebabkn oleh masalah2 yg wujud berkenaan moderm intenet...

segala urusan pembayaran bill2 utk aqad baru telah diselesaikan...
barangkali minggu depan sudah boleh online rumah sendiri...

sekian, harap maklum...=)